Satu video tular dimana seorang lelaki berketurunan Arab menjual barangan dengan menggunakan bahasa Melayu.
Apa yang membezakan lelaki itu dari peniaga yang lain apabila dirinya sangat ramah dan pandai menarik perhatian jemaah dari Malaysia.
Menawarkan pelbagai promosi dan menarik perhatian dengan memanggil jemaah dengan cara bernyanyi dan menyebut nama-nama tokoh negara.
Gelagatnya yang spontan dan lawak membuatkan jemaah tertarik untuk membeli barangan seperti minyak wangi, kekacang dan macam-macam lagi.
Rata-rata netizen terhibur dan mendakwa peniaga itu sentiasa tahu tentang perkara viral yang berlaku di Malaysia.
Lain macam betul cara dia promote, memang pak cik dan mak Cik borong habis.