in

“Bukan biashe biashe” – Wanita Disaman RM 4000 Sebab Speed Kereta Cecah 703km/h

Untitled Design 21

Tahukah korang, sistem saman di Itali tak sama macam di negara kita. Di Itali mereka menggunakan sistem saman berdasarkan berapa nisbah kelajuan yang dilakukan pesalah berbanding dengan had laju dibenarkan.

Tetapi,baru baru ini kecoh di Itali apabila seorang pemandu telah disaman kira-kira €863.60 (RM4,110.10) kerana memandu 10 kali ganda melebihi had laju yang ditetapkan.

Yang menariknya, pemandu tersebut disaman kerana memandu dengan kelajuan 703 km/h dengan hanya menggunakan sebuah kereta hatchback  Ford Focus yang biasa. Wait..macam mana kereta biasa boleh cecah kelajuan sama dengan kapal terbang?

2016 Ford Focus Red Exterior Electric 760X435 1

Menurut sumber, saman yang dikeluarkan oleh pihak polis dan secara rasmi ketika ini menjadi kes melanggar had laju paling deras yang pernah ada di negara tersebut pada ketika ini.

Lebih mengejutkan, kesalahan yang berlaku di Ancano, Itali  itu dilakukan oleh seorang wanita. Ia menjadi bualan masyarakat setempat dan ramai yang yakin bahawa itu satu kesilapan.

Sebagai rekod, kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh Ford Focus yang standard adalah 210 kmj.

Multa Osimo Autovelox 03171133

Gambar saman itu kemudian dikongsi seorang pengguna bernama Giovanni Strologo di Facebook nya.

Selain daripada saman, pemandu tersebut juga dikenakan demerit lesen 10 mata. Ramai yang turut komen meminta agar pihak yang bertanggungjawab menyemak segera fakta kes tersebut dan yakin ianya kesilapan teknikal pada kamera penangkap kadar kelajuan.

 

Baca: “Laju-laju nak pegi mana?”  Netizen Berang Tengok Kereta Ini Penyebab Kemalangan Lepas Langgar Lampu Merah

Capture 1 7

Sumber: Facebook