Apa yang akan anda lakukan jika tiba-tiba ternampak sebutir bom yang tidak dapat dikenal pasti dari mana datangnya?
Itulah yang menggemparkan penduduk Kepong baru-baru ini apabila beberapa orang awam yang sedang melakukan kerja-kerja pembinaan terjumpa sebutir bom di dalam longkang kawasan itu.
1. The police have called for calm among the public after an old bomb was found by construction workers in Kepong yesterday.
Sentul district police chief Beh Eng Lai says the bomb was no longer active nor dangerous. pic.twitter.com/oozKPuXFHP
— BFM News (@NewsBFM) May 31, 2022
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai, perkara itu disahkan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan MERS 999 daripada orang awam pada 12.30 tengah hari tadi, berkaitan penemuan objek dipercayai sebutir bom lama.
Bagaimanapun, dalam laporan Astro AWANI, difahamkan bom berkenaan tidak lagi aktif dan tidak membahayakan.
“Pegawai UPB mengesahkan objek yang ditemukan di dalam longkang itu adalah sebutir bom Mortar Practice 40 MM berwarna putih yang kebiasaannya digunakan dalam latihan ketenteraan, dipercayai ketika perang dunia kedua.
Bom itu telah dibawa ke Cawangan Persenjataan IPK Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut,” katanya.
Selain itu, Ketua Polis Daerah Sentul juga berkata orang ramai diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul menerusi talian 03-40482222 sekiranya menjumpai sebarang objek yang mencurigakan dan tidak mengambil tindakan sendiri bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Jangan buat spekulasi sendiri ya!