Isu mengenai kes 8 remaja maut akibat basikal lajak yang berlaku pada tahun 2017 dahulu kembali diperkatakan setelah pelaku, Sam Ke Ting di dapati bersalah dan Mahkamah Tinggi Johor Bahru menjatuhkan hukuman 6 tahun penjara serta denda sebanyak RM 6,000 pada 13 April lalu.
Menerusi Astro Awani, ia sekali gus membatalkan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu yang mengekalkan keputusan untuk membebaskannya. Berikutan dengan kes itu, keluarga mangsa menjelaskan bahawa mereka lega mendapat pembelaan.
Sebab kenapa Ke Ting bersalah
Susulan dengan khabar berita tersebut, ramai netizen menzahirkan rasa tidak puas hati atas keputusan tersebut, bagi mereka ia satu keputusan tidak adil kerana mereka anggap tertuduh tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana Ke Ting didakwa memandu mengikut had laju yang betul.
Bagaimanapun, Berita Harian ada menjelaskan kesalahan Ke Ting dalam tragedi tersebut, menurut sumber, Hakim Datuk Abu Bakar Katar dalam penghakiman penuhnya berkata, pihak responden turut didapati gagal mengemukakan pembelaan pada peringkat pendakwaan perbicaraannya.
Tambahnya, kenyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh selepas Mahkamah Tinggi memerintahkannya untuk membela diri, ia adalah penafian kosong semata-mata yang difikirkan kemudian.
“Responden (Ke Ting) dalam pembelaannya menyatakan tidak nampak kumpulan basikal di tempat kemalangan dan ada kenderaan lain yang melanggar basikal mangsa sebelum melarikan diri. Namun, versi ini tidak pernah ditimbulkan responden ketika kes pendakwaan.”
“Mahkamah Bicara (Mahkamah Majistret) telah terkhilaf apabila gagal menimbangkan pembelaan responden tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas kes pendakwaan, khasnya responden yang memandu keretanya secara berbahaya, mengambil kira keadaan jalan yang berselekoh dan berbukit.”
“Mahkamah Bicara turut terkhilaf apabila menerima pembelaan responden tidak mengetahui adanya aktiviti basikal lajak pada malam kejadian, sebagai alasan untuk memandu keretanya secara berbahaya sehingga mengorbankan lapan mangsa.”
“Responden seharusnya memandu kereta dengan lebih berhati-hati dan bukannya memandu dengan laju sehingga menyebabkan kemalangan itu. Responden juga sepatutnya menyedari kawasan kemalangan itu, pencahayaannya tidak begitu terang kira-kira jam 3.20 pagi ketika kejadian berlaku, tambahan pula jarak penglihatan ke hadapan agak terhad.”
“Sehubungan itu, responden seharusnya sedar ada risiko yang mungkin boleh berlaku jika memandu keretanya melebihi had 50 kilometer sejam sebelum sampai di tempat kemalangan.”
“Budak2 tu kena langgar dekat sini” – Netizen
Berikutan dengan kes tersebut, ada pengguna TikTok tunjukkan lokasi kejadian tersebut dan menjelaskan keadaan bagaimana tertuduh melanggar mereka.
Dalam video tersebut, lelaki ini menunjukkan simpang susur yang mangsa lalu sebelum mereka dilanggar, dilihat ianya di susur paling kiri padahal jalan besar itu ada 3 garisan.
https://www.tiktok.com/@apexcroc/video/7087538572080762138?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Walaubagaimanpun, lelaki ini menjelaskan bahawa tujuan dia kongsikan video ini adalah untuk mendapatkan gambaran kepada orang ramai, bagaimana kelakuan tertuduh terhadap mangsa, untuk yang lebih jelas tengok video kedua dan dengar penjelasannya ini.
https://www.tiktok.com/@apexcroc/video/7087745633133595930?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Kira-kira jam 3.20 pagi 18 Februari 2017 di Jalan Lingkaran Dalam, seramai 8 remaja berbasikal lajak maut, manakala 4 parah dan 4 lagi turut cedera dirempuh kereta.
Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14; dan Haizad Kasrin, 16.