Ini gila namanya! Ada ke patut lupa anak!!!!
Sepatutnya sebagai seorang ibu, kenalah jaga kebajikan anak terutamanya bagi makan yang cukup setiap hari. Tapi, ibu berusia 20 tahun ini menjadi penyebab kematian anak dia sendiri disebabkan kecuaian!
Menurut WORLD OF BUZZ, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun di Taipei dijumpai mati dalam tandas di sebuah apartmen. Kediaman tu disewa oleh ibunya tetapi difahamkan, kekasih gadis tu turut tinggal bersama mereka.
Ibu kanak-kanak malang tu yang dikenali sebagai Lin berkata, sebelum ni mereka tinggal bersama bekas kekasih dia (bapa kepada anak kecil tu). Tapi, lepas berpisah dan dia pun dapat kerja baru dekat kelab malam sebuah hotel, jadi dia pindah ke apartmen tu yang lebih dekat dengan tempat kerja.
Lin kemudian berjumpa dengan seorang lelaki bernama Xiao melalui online dan mereka pun bercinta. Xiao ni pulak penganggur dan selalu sangat datang apartmen Lin untuk menumpang tidur.
Gaji Lin dikatakan sebanyak NT$40,000 (RM5,430) sebulan tapi disebabkan kekasih baru dia tu tak bekerja, jadi Lin guna semua duit gaji dia tu untuk berfoya-foya dan bersuka ria.
Pada malam 9 November, polis bergegas ke apartmen Lin lepas terima panggilan dan temui anak kecilnya yang dah mati dekat dalam tandas.
Lepas pemeriksaan, rupa-rupanya si kecil tu dah mati selama sekurang-kurangnya 2 hari dan dikelilingi najis. Selama waktu tu, Lin pergi bekerja dan berparti dengan kawan-kawan.
Dia dengan kejam kunci anaknya dekat dalam tandas tiga hari sebelum disebabkan si kecil itu menangis tanpa henti.
Tiada kesan trauma jadi polis mengesyaki yang si kecil tu mati akibat kebuluran kerana berat badan dia cuma 6kg sahaja.
Lebih menyedihkan, anak kecil tu rupa-rupanya mempunyai seorang kakak yang setahun lebih tua daripadanya tetapi telah mati, juga disebabkan kebuluran. Lin juga dikatakan tidak membeli susu atau makanan baby untuk anak lelakinya tu. Bila dia dengan kekasih dia makan dan tak habis, barulah Lin bagi dekat anak dia. Weh kejam gila!
Xiao dan Lin juga didapati tidak melaporkan kematian si kecil tu serta merta sebaliknya keluar ke taman berhampiran dengan kawan-kawan selama dua jam. Polis juga dapati yang keluarga Lin taknak bantu dia untuk membesarkan anak lelakinya tu. Kes kini masih dalam siasatan.
Kesiannya budak tu…
Baca: Bayi 5 Bulan Maut Kebuluran Selepas Ibu Bapa Mati Akibat Mengambil Dadah Berlebihan