Pelawak dan usahawan, Shuib kali ini berdepan enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta pada tahun lalu.
Shuib bersama seorang lagi pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd iaitu Kho Choon Guan selaku orang kena saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakakan di hadapan hakim di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa gagal membayar cukai itu bagi tempoh bercukai 1 Januari sehingga 1 November 2023, sebagai mana ditetapkan bawah Seksyen 26(4) akta sama.
Artikel berkaitan: “Dia dah bertahun tak ambik gaji” – Watie Dedah Shuib Sanggup Guna ‘Saving’ Sendiri Untuk Gajikan Pekerja
Artikel berkaitan: Netizen Minta Topik Tak Bayar PERKESO Dibincang Dalam Podcast, Ini Respon Shuib
Kesalahan didakwa dilakukan di Bahagian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Cawangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS) di sini antara 1 April 2023 dan 1 Februari 2024.
@utusantvofficial 14 NOV 24: Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 40, selaku pengarah syarikat berkenaan mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali. Turut didakwa atas pertuduhan sama ialah pengarah syarikat tersebut, Koh Choon Guan, 33, yang juga mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan terbabit. 📽 UtusanTV. #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #Bubblebee #shuib
Pertuduhan tersebut mengikut Seksyen 26(8) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dibaca bersama Seksyen 78 akta sama dan boleh dihukum bawah seksyen dan akta sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.
Malah, di bawah seksyen 26(10) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 serta Seksyen 69(1) akta sama, mereka turut dikehendaki membayar penalti berjumlah RM453,969.42.
Kedua-dua OKS diberi ikat jamin sebanyak RM4,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 18 Disember depan.
Terdahulu, Shuib dan Koh didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.
Sumber: Sinar Harian