in

Buaya Jadi ‘Tetamu Tak Diundang’ Datang Nak Melawat Rumah Wanita Ini Yang Baru Pindah..Siap Tekan Loceng Lagi

Buaya4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang standard lah kan kalau nampak haiwan-haiwan liar berkeliaran dikawasan perumahan seperti anjing, kucing dan paling bahaya yang selalu ada adalah ular.


Cuma, tak sangka lah di kawasan perumahan ada buaya terus datang sampai nak masuk rumah sekali. Kejadian berlaku di South Carolina apabila seorang wanita yang baru sahaja berpindah ke Mrytle Beach terkejut menerima tetamu yang tak diundang ke rumahnya.

 

Ketuk pintu, tekan loceng

Menurut sumber Astro Awani Karen Alfano yang berpindah dari New Jersey ke Mrytle Beach berkata dia terkejut apabila melihat seekor buaya berada di depan pintu rumahnya pada Jumaat lalu.

Alfano yang merakam insiden tersebut berkata buaya itu kelihatan berdiri dan seperti mahu menekan loceng pintunya.

Dia sempat merakam insiden itu mengatakan bahawa buaya tersebut kelihatan seolah-olah sedang berdiri dan seperti mahu menekan loceng pintu rumahnya. Bersopan-santun betul buaya zaman sekarang.

Bercakap kepada pemberita, dia menganggap ia sebagai insiden yang tidak akan dilupakan. Alfano kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk menangkap reptilia berkenaan.

Kalau admin jauh 10 kaki sekalipun dah berketar lutut, nak dekat pun tak berani, tapi kat Malaysia pun ada je, selalu je kita nampak buaya sesat kan? Tapi tak de lah sampai nak masuk rumah ye tak?

 

Baca : “Elok kena ngap je” – Acah Berani Kacau Buaya, Netizen Kecam Tindakan Lelaki Ini

Acahberani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.