Bila tarikh nak vaksin sudah hampir tiba, mesti banyak perkara yang bermain di fikiran masing-masing. Sakit ke tak nanti? Apa side effect dekat badan sendiri nanti?
Yang paling lama nak fikir, nak pakai baju apa nanti? Korang yang nak vaksin mestilah kena pakai baju yang sesuai untuk memudahkan proses suntikan vaksin nanti, betul tak?
Masalah yang sama ini turut dirasai oleh seorang ibu yang bakal melalui proses vaksinasi tetapi masih tak tahu nak pakai baju apa.
Anak jahit baju ‘mesra vaksin’ untuk ibu
Menurut Nadhiratul Husna Abdul Haris yang berusia 27 tahun, dia mendapat ilham untuk menjahit sendiri baju kurung yang dilabel sebagai ‘mesra vaksin’ untuk ibunya yang bakal melalui proses vaksinasi.
“Mak cakap tak tahu nak pakai baju apa sebab banyak baju tak boleh sinsing lengan.”
Menurut mStar, pada mulanya wanita ini bercadang nak suruh mak dia pakai baju dan cardigan tapi bila dia terfikir balik, agak tak lawa nak ambil gambar lepas selesai suntik vaksin nanti.
“Kalau boleh nak pakai lawa-lawa, ambil gambar selepas disuntik vaksin.”
Wanita yang mesra disapa Husna ini menggunakan kemahirannya dalam menjahit untuk buatkan baju kurung dengan zip tersorok di kedua-dua bahagian lengan baju. Bila nak suntuk vaksin nanti, tinggal buka zip sahaja dan tak perlu sinsing lengan. Idea yang bernas, tak pernah terfikir pun.
Tak sangka ramai yang nak tempah
Penangan posting Husna di Twitter yang viral mengenai baju kurung ‘mesra vaksin’ itu, ramai yang DM Husna untuk tempah baju yang sama macam dia jahitkan untuk mak dia.
“Ramai yang reply minta buka tempahan. Jadi pada Sabtu saya secara rasmi buka tempahan.”
Setakat ini, dianggarkan lebih 100 mesej dan 30 pasang tempahan baju yang diterima oleh Husna.
Harapnya lebih banyak baju ‘mesra vaksin’ dibuat sebab baju macam ni la yang mudahkan urusan orang lagi-lagi bagi wanita Muslim untuk melalui proses vaksinasi nanti.