in

“Buat provokasi..Untuk fitnah saya”- Exco Melaka Dedahkan Bagaimana Pakcik Beca Cari Pasal Buatkan Dia Melenting

excomelaka6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perlakuan Exco Melaka, Norhizam Hassan Baktee sebelum ini pernah mengundang kemarahan orang Malaysia apabila dia tengking orang kampung berkenaan dengan isu penutupan jalan.

Insiden itu berulang kembali apabila video Norhizam melenting kepada seorang pengayuh beca tular di media sosial sejak semalam.


 

“Awak tahu saya siapa?”

Keadaan mula menjadi kecoh apabila Norhizam cuba menyerang individu tersebut. Memandangkan insiden naik angin ini berlaku kali kedua, pastinya Norhizan menjadi bahan kecaman netizen rentetan dengan perlakuannya ini.

Bagaimanapun, Sinar Harian ada melaporkan situasi sebenar daripada mulut Norhizan sendiri. Sebenarnya dia sedang membuat perbincangan mengenai masalah yang dihadapi beberapa peniaga di kawasan Menara Taming Sari.

“Pada pertemuan dan perbincangan itu, saya turut mencadangkan agar pengayuh beca dapat menghadiri kursus jangka pendek bagi menambahbaik perkhidmatan bagi memberikan pendidikan sejarah negeri ini dan Malaysia kepada pelancong kelak.”

“Bagaimanapun secara tiba-tiba individu itu yang dipercayai seorang pengayuh beca telah membuat provokasi dan merakamkan percakapan saya kemudian ditularkan sebahagian sahaja video tersebut dalam laman sosial” 

 

Video itu tidak memaparkan keseluruhan situasi

“Saya yakin video itu sengaja ditularkan dengan niat jahat untuk memfitnah serta membuat tohmakan keatas diri saya selain bertujuan untuk menjatuhkan maruah, intergriti dan menggugat kerja saya sebagai penjawat awam dan juga sebagai exco”

Kalau diperhatikan balik video tu Norhizam kelihatan tenang pada mulanya, namun apabila si perakam mula mengeluarkan kata-kata perlian dengan mengungkit balik cerita lama yang seolah-olah sengaja nak bagi Norhizam marah.

Hurmm, mohon lepas ni dapatlah belajar kawal emosi dan rakyat pun tak perlu lah sakitkan hati orang sebagai kepuasan diri untuk berlawak sesama sendiri.

 

Baca : Jahan*m lah kau next PRU nanti” – YB Biadap Tengking Orang Tua Cetus Kemarahan Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.