Sekali lagi pengasas produk kosmetik, Dato’ Aliff Syukri telah mendapat perhatian netizen kerana video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok dan Instagram baru-baru ini memperlihatkan dirinya membuat satu situasi perang di Palestin berlatarkan suara orang gelak ketawa.
Inilah keadaan di Palestin
@aliffsyukriterlajaklaris
Sepanjang tempoh artikel ini ditulis, video ini telah meraih hampir 180K jumlah tontonan dalam masa 17 jam. Ia turut dikongsikan di IG Reels dan telah mendapat perhatian netizen di Twitter.
Dapat dilihat Aliff Syukri dan isterinya sedang melakukan situasi seolah-olah mereka berada di dunia Palestin, isterinya berpura-pura mati sementara Aliff Syukri meneruskan aksi peperangan.
Ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-rata netizen di TikTok rasa kurang senang dengan content tersebut, dianggap tidak sensitif kerana jadikan situasi saudara sesama muslim di negara tersebut sebagai bahan jenaka.
Hormat lah sikit – Netizen
Sementara di Instagram pula, ramai yang terhibur apabila melihat kerenah mereka ini.
\
Dalam caption Instagram, Aliff Syukri sempah bergurau dengan bertanyakan kepada netizen jika dirinya layak menjadi Menteri Pertahanan Malaysia ataupun tidak. Katanya lagi, filem Badang 2 bakal menyusul. Apapun, mungkin ada mesej lain yang Aliff Syukri ini nak cuba sampaikan namun mungkin ada cara lain yang lebih baik.