in

“Boss gila nak kejar untung” – Rupanya Banyak Syarikat Swasta ‘Buat Bodoh’, Padahal Kerajaan Dah Isytihar #PerintahKawalanPergerakan

Majikan Selfish

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Isnin baru-baru ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini – 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.


Meskipun telah diterangkan satu per satu kategori syarikat yang perlu ditutup sepanjang tempoh ini rupa-rupanya masih banyak majikan yang ingkar dan tidak mempedulikan perintah ini.

Pmo

 

Banyak majikan ingkar perintah!

Melalui satu posting di Twitter, ramai individu yang mendedahkan tentang majikan mereka yang tetap memaksa untuk bekerja seperti biasa.

Lebih teruk, ada juga majikan syarikat yang besar dan dikenali berani ingkar arahan tersebut. Masing-masing berkongsi tentang apa yang mereka lalui dan apa yang dikatakan oleh majikan selepas perintah tersebut dikeluarkan oleh kerajaan.

Berikut adalah antara perkongsian tersebut:

 

1. Taknak tutup kedai sebab JPJ beroperasi seperti biasa

Jpj

 

2. Bos demam, bersin, batuk tapi tak pergi klinik!

Bersin

 

3. Kena paksa sign agreement, cuti tak bergaji atau tolak AL selama 2 minggu

Kasut1

Kasut2

 

4. Lepas raya baru boleh ‘lockdown’

Lockdown

 

5. Poslaju buka, so kena jual tudung macam biasa

Jual Tudung

 

6. Kalau cuti dikira unpaid leave, tapi tetap dipaksa datang

Printing1

 

7. Tak bagi cuti, kena overtime pulak 12 jam!

Overtime

 

8. Kedai biskut terkenal, bos HR nak untung!

Famousamos

Ada beberapa lagi majikan paksa staf bekerja, kalau nak baca lebih lanjut boleh di sini.

Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Lim Wei Jiet berkata, majikan yang memaksa pekerja untuk hadir ke pejabat jika tiada keperluan akan dianggap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan.

Tiada majikan yang bukan dalam kategori perkhidmatan penting boleh memaksa pekerja mereka untuk bekerja dalam keadaan yang bertentangan dengan apa yang digariskan dalam perintah.”

Bukan itu sahaja, menurut peguam Yusfarizal Yussoff dalam satu temu bual bersama Awani, majikan tidak berhak untuk potong cuti tahunan atau cuti sakit pekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Bergerak selama 2 minggu ini.

Cuti sakit hanya boleh ditolak sekiranya pekerja itu dijangkiti virus Covid-19.

Ini adalah perintah kerajaan. Dalam keadaan ini, tidak boleh tolak cuti sakit atau cuti tahunan. Yang boleh diberikan adalah cuti bergaji atau bekerja dari rumah. Gaji tidak boleh dipotong kerana tidak ada apa-apa perintah untuk potongan gaji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Kerja khususnya Seksyen 24.”

Baca: “Aku marah kaw kaw depan bapak dia!” – Sanggup Tipu Doktor, Mengaku Ada Kawan Positif Covid-19 Sebab Nak MC

Tipu Doktor Mc

Sumber: PMO
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.