in

Bongkah Konkrit Jatuh Di MRR2, Pengguna Jalan Raya Trauma ‘Tragedi’ Kerap Berulang

Bongkah Jatuh

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa kes di kawasan pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) sehingga mengakibatkan kematian.

Namun terbaru, dilaporkan satu bongkah konkrit jatuh dari sebuah lori di lorong tengah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) selepas Hillview menghala ke Ampang.

Akibat kejadian itu, laluan trafik menjadi sesak kerana ketika itu orang ramai sedang dalam perjalanan ke tempat kerja iaitu kira-kira pukul 7.45 pagi.

Bongkah itu kemudiannya dialihkan 55 minit kemudian dan trafik kembali lancar.

Ekoran itu satu kenyataan ringkas dikeluarkan pihak SUKE di twitter, menjelaskan yang kejadian tersebut bukan berpunca daripada pihak mereka.

Namun, jelas ramai pengguna jalan raya bimbang untuk lalu di kawasan tersebut ekoran kejadian sebegini yang dilihat telah berlaku berulang kali.

 

Harap kejadian sebegini tidak lagi berulanglah, min pun kadang-kadang seram lalu kawasan construction ni.

Baca : Jangan jatuh atas aku dah la; Netizen Mula Bimbang Nak Lalu Bawah Construction Lebuhraya SUKE

2 7

Sumber: twitter