in

“Boleh tak edit badan saya macam orang normal” – Permintaan Lelaki Ini Buat Ramai ‘Insaf’

Untitled Design 28 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi lumrah manusia inginkan sesuatu yang sempurna, mungkin untuk kepuasan diri atau untuk membuktikan kemampuan diri kita kepada orang lain.


Baru-baru ini, seorang lelaki yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) memuat naik gambarnya sekeluarga di dalam sebuah group di Facebook, Edit Apa Hari Ni? di mana dia meminta badannya diedit agar kelihatan normal.

Fznr

Dalam posting yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Faiz Noor kelihatan gambarnya dengan isteri serta dua anaknya berpakaian sedondon dan kelihatan sangat bahagia bersama.

“Boleh tak edit badan saya sempurna macam orang normal.. teringin sangat nak tengok” tulisnya.

Ramai netizen yang memuji rupa paras lelaki tersebut dan menyatakan yang tiada suntingan yang perlu dilakukan.

Malah, ruangan komen posting itu juga dibanjiri dengan doa serta kata-kata semangat kepada lelaki tersebut, tidak kurang juga netizen yang menyatakan dia tidak perlu malu dengan rupa parasnya dan sentiasa yakin pada diri sendiri.

Oku 1

Bukan itu sahaja, malah pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus juga meninggalkan komen yang positif untuk lelaki berkenaan.

Uai 1

Semoga Faiz Noor dan keluarga sentiasa berada dalam keberkatan…

Baca: “Politik biarlah matang” –  Filem Mat Kilau Diedit Jadi ‘Mat Sakau’,  Adi Putra Tak Melenting Siap Repost Lagi

Mat Kilau Mat Sakau 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.