Mesti ramai yang rindu nak masuk rumah hantu di taman tema kan. Namun, buat penggemar pengalaman seram di Jepun yang tak nak bersesak di tempat awam, ada perkhidmatan rumah berhantu bergerak yang boleh datang ke lokasi pilihan pelanggan!
Menurut The Smart Local, Screambulance atau ambulans berhantu ini telah diwujudkan oleh syarikat Scaring Corps memandangkan pandemik COVID-19 ini masih belum berakhir.
⚠️🚑新作発表🚑⚠️
【デリバリーお化け屋敷『絶叫救急車』】
呼べばやって来る⁉️
新型コロナ対策から生まれた「貸切」「非接触」の救急車型お化け屋敷‼️あなただけの空間で極上の恐怖を!【公式サイト】https://t.co/U0PqXVaVWE
【プレスリリース】https://t.co/iumWpQkSc6 pic.twitter.com/kkn7sEthQn
— 株式会社怖がらせ隊@お化け屋敷制作 Japanese haunted house company (@kowagarasetai) May 18, 2021
Ambulans ini lengkap dengan pelbagai sistem seperti penyembur air, alat yang menghasilkan getaran dan sistem bunyi 3D. Jadi, pengunjung tetap akan dapat pengalaman seram yang sama macam rumah hantu walaupun hanya dalam ruang yang sempit.
Katanya, bila kita masuk dalam tu, kita akan rasa macam ada orang lain yang ‘menemani’. Pengalaman seram dalam ambulans ini berlangsung selama 15 minit dan maksimum hanya enam orang dibenarkan dalam satu-satu masa.
Yang bestnya, pengunjung tak perlu takut sebab staff yang berpakaian ala-ala zombi hanya akan berada di luar ambulans untuk mengurangkan kontak. Jadi, risiko untuk terdedah dengan COVID-19 tu agak rendah.
Rekaan dalamannya pula persis ambulans biasa dengan kelengkapan perubatan namun lebih ekstra dan seram sebab setiap ruang dipenuhi tompokan darah palsu dan keadaannya juga gelap.
Menurut Kowagarasetai iaitu laman web Screambulance ini, ambulans ini akan mula beroperasi pada 1 Julai nanti di kawasan sekitar Tokyo, Jepun. Namun, kalau ada antara mereka yang dari luar bandar nak cuba experience ni jugak, boleh je kalau sanggup bayar lebih.
Dalam usaha untuk elak jangkitan virus juga, ambulans ini akan disanitasi setiap kali sesi seram berakhir. Bagus dorang ni, betul-betul jaga SOP.
Min rasa kalau perkhidmatan ini ada jugak kat Malaysia, mesti akan dapat sambutan hangat jugak kan.
Sumber: The Smart Local, Kowagarasetai, Twitter Kowagarasetai