in

“Boleh menyusahkan semua orang tau!” – Hospital Larang Wanita Ini Bermalam Jaga Anaknya Sebab…

feature image mak bising

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita mendapat surat daripada pihak hospital yang telah menetapkan had masa untuk dia datang melawat anaknya yang sakit.

Menurut portal Mirror, wanita yang bernama Laura, 27, itu telah dilarang untuk bermalam di hospital bagi menemani anaknya oleh pihak hospital berkenaan.


Wanita ini dikatakan telah meninggikan suaranya serta menggunakan bahasa kasar, mengganggu jururawat, dan membuat kakitangan terasa.

77
Sumber: Mirror

Wanita ini juga dikatakan sering merungut mengenai cara penjagaan yang dilakukan oleh jururawat kepada anaknya yang berusia dua tahun itu.

Laura tidak akan dibenarkan bersama dengan anaknya dari jam 7 malam hingga 9 pagi selama seminggu.

Tambah wanita itu, dia mempunyai penyakit yang dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactivity Disorder  (ADHD).

“Saya mempunyai ADHD jadi saya memang selalu banyak bercakap terutama kepada staff yang bertugas.

“Kakitangan hospital berkata mereka tidak faham tentang ADHD. Tapi saya rasa mereka sepatutnya tahu tentang itu .

“Saya memang kurang sabar dan saya selalu terus cakap tanpa berfikir panjang. Disebabkan itu lah saya dah membuat kakitangan merasa tidak selesa. ” katanya.

Sebelum ini, anaknya itu telah dikejarkan ke hospital apabila dia mengalami masalah pernafasan dan terpaksa menggunakan alat sokongan hidup.

Hospital Kanak-kanak Birmingham turut menjelaskan bahawa larangan yang dikeluarkan kepada Laura ini hanyalah selepas anaknya itu terpaksa menggunakan alat sokongan hidup.

 

55
Sumber: Mirror

 

66
Sumber: Mirror

Admin rasa, kita sepatutnya bertimbang rasa dengan pihak hospital. Mereka dah buat sehabis baik untuk membantu pesakit.

 

Baca: “Hospital diam je” – Wanita Sarat Mengandung Meninggal Dunia, Pihak Hospital Enggan ‘Admit’ Sebab Tak Cukup Katil

Capture 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.