in

“Boleh keluar rumah tapi..” – Ini Perkara Yang Boleh & Tidak Semasa PKPB

Pkpb2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri iaitu Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.


Malah kini, Majlis Keselematan Negara sebentar tadi telah mengumumkan bahawa semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan akan dilaksanakan PKPB selama 4 minggu bermula 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020 ini.

Pasti anda yang baru sahaja mula alami PKPB akan tertanya-tanya apa yang boleh dan apa yang tidak kan? Justeru, Astro Awani ada membuat penjelasan secara telus terhadap SOP PKPB untuk di fahami.

Ini adalah versi terkini yang LM ada ubah suai sedikit mengikut perkembangan terbaru.

Adakah keluar rumah dibenarkan?

Boleh namun hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar untuk memberi barang keperluan.

Bagi mereka yang mahu keluar bekerja, mereka dibenarkan berbuat demikian namun perlu mempunyai surat kebenaran daripada majikan.

Bolehkah balik kampung?

Kalau kampung dalam satu daerah, dibenarkan kerana tidak merentas daerah.
Perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan. Polis akan membuat sekatan jalan untuk mengawal pergerakan penduduk.

Di Selangor, misalnya, terdapat sembilan daerah – iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang. Anda harus kekal berada di daerah anda.

Bagaimana jika saya perlu bekerja di daerah lain?

Pengecualian ada untuk anda yang perlu melakukan perjalanan rentas daerah untuk bekerja. Syaratnya, menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan di sekatan jalan raya.

Bolehkah saya pergi bekerja?

Boleh, kerana sektor perniagaan dibenarkan untuk beroperasi. Sekali lagi diingatkan, bawa surat kebenaran daripada majikan bersama anda bagi memudahkan urusan.

Boleh makan di restoran?

Boleh tetapi, satu meja terhad kepada 2 orang satu meja, penghantaran makanan juga dibenarkan dalam tempoh ini.

Bolehkah hantar anak ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak?

Tidak. Semua sekolah, kolej, universiti, institut latihan dan pusat jagaan kanak-kanak ditutup.

Bolehkah saya karaoke? 

Tidak, semua pusat hiburan diarahkan untuk tutup sepanjang tempoh PKPB.

Boleh saya rentas negeri kalau ada kecemasan?

Boleh, tapi perlu minta kebenaran pihak polis jika berlaku sebarang kecemasan seperti kes kematian ataupun sebab yang tak boleh dielakkan.

Bagaimana jika saya langgar arahan itu?

Pelanggaran PKPB adalah satu kesalahan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan boleh dikenakan denda RM1,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Jika anda menghalang penjawat awam yang melaksanakan PKPB, anda boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau didenda hingga RM10,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengumumkan perinciannya pada petang ini.

 

Baca : [TERKINI] PKPB Dilaksana Di Semua Negeri Semenanjung Kecuali Perlis, Pahang Dan Kelantan

Pkpb 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.