in

Boleh Joging Tapi Tak Boleh di Kawasan Kejiranan Orang Lain – Polis

Ft Jogingpkp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun aktiviti berjoging dibenarkan namun harus diingatkan bahawa orang ramai hanya boleh berbuat sedemikian di kawasan kejiranan sendiri sepanjang tempoh penguatkuasaan sekatan total lockdown.


Menurut Malaysiakini,  Ketua Polis Daerah Ampang Mohamad Farouk Eshak mengingatkan bahawa individu yang didapati berjoging di luar kawasan kejiranan mereka boleh dikenakan denda.

Mohamad Farouk berkata sedemikian susulan seorang lelaki berusia 23 tahun berkata dia telah didenda RM1,500 kerana berjoging di Taman TAR. Ia kerana lelaki itu tinggal di Taman Mulia Jaya, Ampang, sebuah kejiranan lain yang terletak sejauh 6.6 kilometer dari tempat tinggalnya.

Joging

Katanya, pihak berkuasa sememangnya perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Kita memang terpaksa ambil tindakan tegas untuk mengurangkan kadar jangkitan.Joging secara bersendirian bukan alasan untuk tidak kena kompaun.”

Joging memang kena sendiri tapi cuma di kawasan kejiranan sendiri sahaja. Kalau duduk di Taman Mulia, tak boleh jogging di Taman TAR.”

Terdahulu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memaklumkan SOP kegiatan joging dibenarkan di kawasan kejiranan sendiri antara jam 7 pagi hingga 8 malam sahaja.

Baca: Tular Pekerja Dikompaun Gara-gara Tak ‘Update’ Profil MySejahtera, KP MKN Kata Tak Perlu Kecuali…

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.