in

“Boleh balik kampung tak lama lagi ni” – Hampir 60% Rakyat Dewasa Di Malaysia Telah Lengkap Divaksinasi

Collage 42

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, seramai 13,842,928 individu telah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19. Ini menjadikan seramai 59.1 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap divaksinasi.



Perkara ini diumumkan sendiri oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi Twitter rasminya.

Menurut infografik yang dikongsikan oleh JKJAV ini, seramai 18,792,979 individu atau 80.3% populasi dewasa di Malaysia telah menerima satu dos vaksin menjadikan jumlah kumulatif vaksin yang telah diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat ini adalah sebanyak 32,635,907 dos.

Selain itu, peratus populasi dewasa yang telah menerima vaksin lengkap juga telah meningkat ke 59.1% berbanding 58% pada hari Isnin lalu.

Manakala jumlah vaksin harian pula telah merekodkan peningkatan dengan 423,380 dos telah diberikan semalam berbanding 420,164 dos pada hari sebelumnya.

Dengan peningkatan peratusan orang yang telah lengkap divaksinasi ini, ramai netizen mengharapkan agar negara kita akan cepat capai imuniti kelompok dan dapat kembali meneruskan kehidupan seperti biasa.

 

Baca: “Tak lama lagi herd immunity ni” – Lebih 50% Populasi Dewasa Di M’sia Dah Lengkap Vaksin

Screenshot 2021 08 26 At 12.48.18 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.