in

“Bodoh, siapa suruh tak pakai kondom?” – Lelaki Bawak 2 Kawan Belasah GF Mengandung Sebab Tak Nak “Bertanggungjawab”

Collage 14

Baru-baru ni, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun telah dipukul dengan tiga lelaki pada 2 September lalu dan salah seorang yang pukul dia adalah teman lelakinya sendiri!

Menurut The Star, lebih kurang pukul 2.30 pagi, teman lelaki mangsa mengajak gadis ini pergi ke lorong belakang kolej sebelum lelaki tersebut dan dua rakannya memukul mangsa dengan objek keras.

Gadis yang berasal dari Setapak ini cedera di muka akibat dari pukulan itu dan lepas teruk dipukul, dia ditinggalkan berseorangan di lorong tersebut. Ni lelaki jenis apa?!

Pukul 2
Gambar hiasan

Ketua polis Wangsa Maju, Superitendent Rejab Ahad mengatakan yang bapa mangsa kemudiannya membawa dia ke Hospital Kuala Lumpur selepas bapa ini dapat tahu anaknya dipukul.

Bapa mangsa terkejut bila diberitahu yang anak perempuanya dan mengandung lima bulan. Bukan tu je, siasatan awal mendedahkan yang punca teman lelaki mangsa memukul dia adalah kerana mangsa meminta lelaki tersebut untuk bertanggungjawab.

Sebab tak ready lagi nak jadi bapa, lelaki ni memilih untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang kejam. Sebelum buat tak nak pikir ke bang oi?

Rajab juga mengatakan yang suspek dan dua rakannya telah ditahan pada hari yang sama dan mereka telah ditahan reman selama tiga hari untuk disoal-siasat.

Memang susah kalau nak halang remaja ni dari have sex, sebab tu lah penting tau pendidikan seks ni. Dah kalau benda basic pun tak tahu, lepas tu bila dah jadi, nak belasah orang pulak. Sigh…

 

Baca: “Taknak boyfriend tahu” – Remaja 18 Tahun Tak Sedar Mengandung, Tiba-tiba Beranak & Campak Anak Dari Tingkat 3

Screenshot 2019 09 09 At 12.50.56 Pm