in

“Bodoh punya jantan” – Baru 6 Hari Kahwin, Lelaki Hempas Anak Tiri 15 Bulan Dekat Dinding Sampai Mati Sebab Menangis

Baling Balita

Bengang tidurnya terganggu, seorang lelaki tergamak menghempas anak tirinya berusianya 15 bulan ke dinding sehingga kanak-kanak itu maut. Menurut Sosok, Roni Andriawan baru sahaja 6 hari berkahwin dengan ibu bayi malang itu namun dia tergamak membaling anak tirinya hanya kerana menangis tanpa henti.

Difahamkan, bayi itu merengek dan menangis kerana keadaannya yang tengah demam. Berang kerana tidak dapat tidur dengan tenang, Roni terus mengangkat dan menghempas anak tirinya ke dinding sebanyak tiga kali.

Balita3
sumber: facebook

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah rumah dekat Desa Sukasari, Bekasi pada Isnin lepas dan ketika itu, ibu bayi berkenaan, Danis Aprilia tiada di dalam bilik. Jurucakap polis berkata,

Kerana berang Roni membaling kanak-kanak itu ke dinding hingga menyebabkan kepalanya cedera. Roni mengaku dia membaling anak tirinya sebanyak tiga kali dengan dua kali kepala mangsa terkena dinding.”

Lebih menyakitkan hati, Roni sempat berpura-pura sakit perut selepas mendapati anak tirinya sudah mati. Dia dikatakan terus keluar dari bilik dan beritahu isterinya untuk ke tandas.

Balita4

Balita5
sumber: facebook

Danis kemudian masuk ke dalam bilik dan mendapati anaknya tidak bergerak. Ketika masuk ke dalam bilik, Danis terkejut melihat anak kecilnya tidak bergerak dan Roni kemudian berpura-pura bertanya,

Itu kenapa anaknya?”

Dalam keadaan panik, Danis segera bawa anaknya ke klinik berhampiran tetapi doktor kemudian mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia. Anak kecil itu dilaporkan meninggal kerana kecederaan di bahagian tengkorak kepala serta mengalami pendarahan dan bengkak di bahagian otak.

Balita2

Balita1
sumber: facebook

Laporan polis kemudian dibuat dan Roni kini sudah ditangkap dan didakwa atas tuduhan membunuh. Hasil bedah siasat juga mendapati punggung dan kepala bayi itu dipenuhi dengan kesan lebam.

Kejamnyaaaaa!!!!

Baca: “Kenapa kejam sangat?” – Nenek Rendam Kaki Cucu 2 Tahun Dalam Air Panas Menggelegak Tapi Bila Polis Tanya…

Kaki Lecur