in

“B*ngsat!” – Lelaki Mabuk Buat Selamba Je, Padahal Baru Lepas Langgar Orang Sampai Meninggal

Mabuk Setan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"B*ngsat!" - Lelaki Mabuk Buat Selamba Je, Padahal Baru Lepas Langgar Orang Sampai Meninggal
Loading
/

Seorang wanita meninggal dunia selepas dirempuh kereta yang dipandu lelaki mabuk dan di bawah pengaruh dadah kira-kira jam 9 pagi semalam, lapor Harian Metro.


Ketika kejadian, Roslinda Mohamad Isa, 44, sedang berniaga di gerainya di tepi Jalan Bertam Indah berhadapan Masjid Al Taqwa, Kepala Batas bersama suami, Mat Subri Saad, 44.

Lelaki tersebut yang memandu Proton Iswara dikatakan telah terbabas dan merempuh gerai jualan serta kedua-dua mangsa. Akibat pelanggaran itu, pasangan tersebut tercampak ke atas jalan dalam jarak 10 meter dari gerai mereka.

Mabuk
sumber: bernama

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, kedua-duanya parah dan dibawa ke hospital namun Roslinda tidak dapat diselamatkan.

“Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan, namun Roslinda disahkan meninggal dunia ketika dirawat.”

Pemandu berusia 31 tahun itu merupakan warga tempatan dan telah ditahan untuk siasatan lanjut. Satu gambar menunjukkan dia sedang bersandar di kereta menaikkan kemarahan netizen di Twitter.

Kata mereka, lelaki tu macam tak ada hati perut sebab nampak selamba je walaupun disebabkan dia, satu nyawa telah terkorban. Lebih buat netizen bengang, dekat sebelah dia sandar tu siap ada tin beer lagi! Walaupun tak ddapat dipastikan tin tu masih berisi atau kosong, tapi apa yang dia buat tu buat ramai rasa marah.

Mamat 1
sumber: twitter

“PDRM tolong ambil tindakan yang wajar. nampak macam tak ada penyesalan langsung. Boleh lepas tepi kereta pula lagi?”

“Kalau area aku mungkin dah kena belasah dalam parit gamaknya driver ni.”

“B*ngsat!”

“Dah boleh start ban alcohol.”

“Geramnya aku tengok!”

Tengok video tu dekat bawah:

Baca: “Puak pemabuk bodoh!” – Pemandu Mabuk Tanpa Lesen Langgar Makcik Jual Nasi Lemak Hingga Mati

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.