in

‘BLACKPINK The Movie’ Bakal Muncul Bulan Ogos Ini

Fi Bp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik untuk seluruh peminat kumpulan K-pop terkenal, Blackpink apabila sebuah filem tentang perjalanan mereka bakal dilancarkan pada bulan Ogos ini.



Filem ini bersempena dengan ulangtahun penubuhan kumpulan sensasi tersebut yang ke lima. Dimaklumkan juga, ia juga ditayangkan di lebih 100 buah negara seluruh dunia menurut soompi.

Selain itu, filem yang berkisahkan dokumentari ini akan memuatkan temubual bersama ahli kumpulan tersebut yang terdiri daripada Jennie, Ji Soo, Lisa dan Rose.

Bp 2

Dalam filem tersebut mereka turut mengimbau kembali perjalanan mereka selama lima tahun kumpulan itu ditubuhkan hingga menjadi satu fenomena dalam industri muzik K-pop. Filem ini juga akan diselitkan dengan beberapa buah persembahan mereka yang lalu.

Walau bagaimanapun, tarikh sebenar bagi setiap negara untuk filem tersebut masih belum diumumkan.

BLACKPINK The Movie ini juga merupakan sebahagian daripada projek ulang tahun kelima mereka yang dinamakan 4+1 PROJECT. Ia juga merupakan hadiah kepada penyokong mereka BLINKs.

Bp 1

Mengimbau kembali perjalanan seni Blackpink, mereka debut pada 8 Ogos 2016 di bawah label pengurusan YG Entertainment. Sejak dari itulah, nama mereka terus melonjak dan menjadi sensasi global.

 

Baca : Wajah Jisoo Blackpink Dipilih Paling Cantik & Sempurna Oleh Pakar Bedah Plastik

Foot Bp

Sumber: DNA
Sumber: ELLEGirl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.