“Bila saya lihat nama ‘Arwah Hubby’ dalam telefon, baru saya teringat dia dh tak ada”- Kisah Isteri Mithali Ini Pasti Buat Korang Nangis

Jodah, ajal dan maut itu semuanya di tangan tuhan. Andai sudah ditakdirkan si dia pasangan kita, buatlah macam mana pun akhirnya tetap juga ditakdirkan bersama.

Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan lelaki ini di facebook, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mengenai seorang wanita yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan namun apa yang jadi selepas itu lebih menyayat hati.

 

“Sekejap ya doktor, saya tanya suami saya dahulu,”

“Puan, saya rasa elok saya rujuk puan ke hospital. Puan ke hospital kerajaan atau swasta?”

“Sekejap ya doktor, saya tanya suami saya dahulu,” katanya lalu mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangan.

Kelihatan dia tekan-tekan sesuatu di telefonnya, dan kemudian tak semena-mena merendahkan tangan ke riba dan tertunduk menangis.

Aku jadi cemas.

Wanita, ni datang ke klinik dengan aduan demam 3 hari, makan tak lalu, pening kepala, dan mula muntah-muntah. Aku syak dia kena denggi dan perlukan rawatan segera kerana keadaannya agak membimbangkan.

“Kenapa ni puan?” soal aku.

Selepas tu dia cerita dengan lebih jelas situasi dia.

Suami dia ni kerja oil & gas, dan syarikat di bekerja tu berpusat di KL. Jadi, wanita dah biasalah tinggal di JB seorang diri. Semua dia buat sendiri, uruskan sendiri, memang seorang yang isteri yang boleh berdikari.

Cuma, ayah dia pesan padanya supaya apa-apa keputusan yang dia buat, dia eloklah beritahu atau minta izin suaminya dahulu. Ayah dia kata, kalau masing-masing buat keputusan sendiri, tinggal sendiri-sendiri, apa yang tinggal dalam pernikahan mereka berdua?

Jadi, wanita ini, sebagai anak dan isteri yang patuh, akan menelefon suaminya setiap kali dia membuat sesuatu keputusan. Sehari biasanya 5 kali dia telefon.

“Kenapa puan tiba-tiba menangis? Suami tak benarkan pergi hospital ke?” tanya aku.

 

“Saya masih tak dapat yakinkan diri saya dia dah tak ada. Saya rasa macam dia masih ada.”

Waktu ini Dr Kamarul Ariffin dah fikir bukan-bukan. Admin rasa semua pun akan fikirkan benda yang sama. Iyelah kenapa wanita tersebut tiba-tiba je menangis kan? Mungkin ada sesuatu yang berlaku.

Tapi apa yang difikirkan itu pula adalah sebaliknya bila…

 

Wanita tu mengesat airmatanya dengan lengan baju dan dengan teresak-esak dia jawab “Suami saya dah tak ada, doktor.”

Rupa-rupanya 2 hari lepas, semasa dalam perjalanan pulang ke JB, suaminya terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.

“Saya masih tak dapat yakinkan diri saya dia dah tak ada. Saya rasa macam dia masih ada.” ujarnya lalu meletakkan telefonnya di atas meja, kemudian menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.

“Bila saya lihat nama dia dalam telefon, baru saya teringat dia dah tak ada.” ujarnya disebalik tekupan tangan di muka.

Aku jeling telefon dia di atas meja. Terpapar aturan buku telefon, dan nama yang dipilih adalah “Arwah Hubby”. Aku tak pasti sama ada dia sengaja set nama suaminya dalam telefon dengan nama awalan Arwah atau bagaimana.

Aku tak tanya lanjut. Dalam keadaan begini, sukar untuk aku bertanya banyak soalan kerana bimbang ia akan menyakiti dia lebih lagi. Jadi aku terpaksa panggil waris yang mengiringi dia ke klinik.

Dia datang dengan ayahnya. Saya terangkan situasinya dan ayah wanita itu faham keadaan tersebut dan berhasrat bawa wanita itu ke hospital. Saya difahamkan, di rumah dia asyik menelefon nombor arwah suaminya dan bercakap seorang diri.

 

Hargailah pasangan kita ketika mereka masih ada. Bila buat apa-apa keputusan, berbincang.

Selepas wanita itu keluar, aku terus menelefon isteri aku. Padahal aku nak makan burger yang dia tinggalkan untuk aku di dalam peti ais. Aku telefon dia untuk minta izin makan burger tu.

Aku telefon tu lebih kepada nak redakan hiba di hati aku sendiri. Betapa bertuahnya aku masih boleh telefon isteri aku. Masih boleh bercakap dengan dia. Dengar suaranya.

Hargailah pasangan kita ketika mereka masih ada. Bila buat apa-apa keputusan, berbincang. Bila nak buat sesuatu, minta izin. Kerana akan datang suatu hari, yang kita dah tak boleh buat itu semua.

Ketika itu, tinggallah kita sendiri untuk tentukan haluan kita.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Masih ada hiba bersisa di hati

 

Perkongsian Dr Kamarul Ariffin ini telah mendapat 26k likes dan 14k shares sejak ia dimuat naik semalan.

Semoga perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada pasangan suami isteri di luar sana untuk menjalani hidup dan melayari bahtera rumahtangga.

Baca : Buat suami, jagalah isterimu sebaiknya jgn jd macam saya- Luahan Sayu Suami Ceraikan Isteri Mayat Hidup Tapi Lepastu..

 

 

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.