Bila Rakyat Malaysia Sendiri Nak Ada Kesedaran?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bila Rakyat Malaysia Sendiri Nak Ada Kesedaran?

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Kita dah masuk pertengahan tahun 2018 tapi masalah sampah kat Malaysia ni memang tak ada kesudahan. Satu perkara yang normal lah pada rakyat Malaysia bila tengok sampah sarap bersepah di merata tempat. Tepuk dahi!

Baru-baru ini WORLD OF BUZZ melaporkan seorang lelaki warga Dutch yang sedang backpacking di Lahad Datu membersihkan persisiran pantai di situ tanpa paksaan! Mengagumkan!

Sumber: The Trashpacker

Pada hari pertama misi, Tijmen juga dikenali sebagai ‘trashpacker’ membersihkan persisiran pantai Lahad Datu. Dia tidak keseorangan kerana beberapa penduduk tempatan memberi botol air minuman, plastik sampah, selain turut menyediakan pengangkutan untuk dia membeli barang di kedai. Pengusaha kedai makanan yang mengenali pelancong tersebut turut memberi makan malam free tanpa banyak soal!

Tanpa disedarinya, perbuatan baik Tijmen itu sebenarnya telah dirakam secara senyap-senyap dan menjadi viral dalam kalangan komuniti di situ. Keesokan harinya, hampir 10 orang turun membantu dan memberi bantuan trak serta traktor untuk memudahkan pelancong itu melakukan kerja-kerja pembersihan. Pada hari itu sahaja mereka berjaya mengumpul 45 bungkus plastik sampah.

Sumber: The Trashpacker

Berita kebaikan Tijmen dibawa dari mulut ke mulut sehingga penduduk di Semporna juga mengenalinya apabila dia tiba di sana. Perkara pertama yang ditanyakan oleh Tijmen adalah di manakah tempat yang paling penuh dengan sampah.

Pada hari tersebut, 13 orang kanak-kanak berusia 6 hingga 8 tahun yang mulanya hanya menjadi penonton kemudiannya turut membantu mengutip sampah. Selepas tiga jam bekerja keras sambil bergembira dengan melakukan ‘beatbox’, mereka berjaya memenuhkan 76 plastik sampah. Tijmen terharu kerana kanak-kanak tersebut tidak meminta duit bahkan mereka mengucapkan terima kasih kepadanya. Tetapi dia tetap membelanja mereka ais krim.

Sumber: The Trashpacker

Sumber: The Trashpacker

Tindakan mulia pelancong Dutch ini mendapat perhatian daripada orang ramai dan mereka mengatakan sepatutnya progam kebersihan seperti ini patutnya dijalankan oleh pihak bertanggungjawab di Malaysia.

Hmmm Malaysia bila nak berubah ni? Tak malu ke dengan orang luar?

Baca: Terkenal Kerana Pasir Putih Bersih, Padang Pasir Klebang Sebenarnya Penuh Longgokan Sampah

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Irsarani Abdullah

Tak banyak dapat diketahui tentang penulis ini melainkan dia meminati EXO.