in

“Bila nak rukuk ni?” – [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Gelagat Makmum Budak Tegur Bacaan Imam

Makmum Budak Tegur Bacaan Imam 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Solat adalah satu tanggungjawab yang amat besar bagi seorang Muslim. Islam mengajar ibu bapa agar mendidik anak-anak mengerjakan solat pada usia tujuh tahun.


Pastinya menjadi impian semua ibu bapa Muslim melihat anak mereka sudah pandai mengerjakan ibadah solat, apatah lagi mahu menjadi seorang imam seperti orang dewasa.

Tular sebuah video yang dikongsi di TikTok, gelagat sekumpulan kanak-kanak sedang menunaikan solat secara berjemaah telah mencuri tumpuan orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @saufikamaludin, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki menjadi imam kepada dua makmum kanak-kanak perempuan.

@saufikamaludin

Bila makmum kau seorang ustazah #sejannah #makmum #ustazah

♬ original sound – saufikamaludin – saufikamaludin

Ketika kanak-kanak lelaki itu memulakan bacaan Surah An-Naba’, salah seorang kanak-kanak perempuan yang menjadi makmumnya menegur cara bacaannya.

Dapat dilihat ketegasan kanak-kanak perempuan itu apabila berkali-kali menegur sebutan kanak-kanak lelaki terbabit.

Turut dipuji, kanak-kanak lelaki itu tetap sabar dan mengulangi cara sebutannya sehingga kanak-kanak perempuan itu berpuas hati.

“Bila makmum kau seorang ustazah,” tulis kapsyen di video itu.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat gelagat kanak-kanak tersebut yang bersungguh-sungguh menegur cara bacaan imamnya.

Malah, ramai memuji didikan ibu bapa mereka dalam mendisiplinkan anak-anak bukan sahaja tentang solat, malah cara bacaan dan sebutan yang betul ketika membaca surah.

Screenshot 2023 06 01 132545

Perkongsian video itu mendapat lebih 930,000 jumlah tontonan dengan lebih 4,000 komen dalam masa satu hari.

Baca: “Dapat tunaikan pemintaan ibu” – [VIDEO] Wanita Terharu Mufti Menk Berkunjung Ke Rumah
Mufti Menk Datang Rumah

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.