in

“Bila nak haramkan produk timbang kilo ni?”-Mengandungi Merkuri, Ini Tiga Produk Kosmetik Yang ‘Diharamkan’ Oleh KKM

Feature 1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita dan kecantikan sememangnya sinonim dan tidak dapat dipisahkan. Kalau masuk drugstore, tak sah kalau tak berjam-jam lamanya untuk pilih produk.


Namun, kaum wanita diingatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih produk idaman sebab kali ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan ada tiga lagi produk kecantikan tempatan yang telah dilarang dijual sebab mengandungi merkuri, lapor Harian Metro.

Kenyataan Akhbar KPK 9 Jun 2020 – Produk-Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun BerjadualBahagian Regulatori…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Isnin, 8 Jun 2020

Tiga produk yang diperkatakan tersebut ialah Rzax Beauty Creme 2, Glow Skin White-Sun Care dan Glow Skin White -Brightening Cream. Jangan lah obses sangat nak berkulit putih. 

Untuk pengetahuan semua, logam merkuri sebenarnya tergolong dalam kategori racun berjadual dan kesihatan si pemakainya boleh tergadai. Merkuri boleh masuk ke dalam badan sekali gus sistem saraf dan buah pinggang pengguna berisiko besar untuk rosak.

Kkm 2 1

Kkm 3

Produk timbang kilo ini juga boleh menyebabkan gangguan pada otak kanak-kanak. Tak takut ke semata-mata untuk cantik tapi lepas tu dapat penyakit lain pula? 

Jadi, KKM telah mengharamkan penjualan ketiga-tiga produk terbabit. Kalau lepas ni ada ternampak kat mana-mana kedai sekali pun, jangan gatal tangan pulak nak beli.

Rata-rata netizen juga ada kongsikan pengalaman buruk mereka sebab pernah ‘terguna’ produk tersebut. Ada yang sampai kulit jadi iritasi.

Kkm 2

Jadi, sebagai pengguna, buat lah pilihan yang tepat. Jangan semata-mata nak cantik, kulit muka jadi taruhan. 

Baca: “I pernah pakai ta*I teruk sangat muka sampai rasa gatal” – Gadis Ini Share Produk Kosmetik Yang Mesti Dielak Oleh Kaum Wanita

Kkm 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.