in

“Bila drive akan berpeluh”- Wanita Ini Masih Belum Lulus Ujian Memandu Walaupun Dah 30 Tahun Belajar

F4 Driving L

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rakyat Malaysia umumnya akan dapatkan lesen memandu kereta selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu ketika berumur 18 tahun. Siapa antara korang yang gagal ujian memandu dan terpaksa ambil ujian tu buat kali kedua? 


Namun, buat seorang wanita yang berusia 47 tahun ini pula, dia masih tak dapat lesen memandu walaupun dah belajar memandu selama 30 tahun. Menurut Daily Star, ibu dua anak yang dikenali sebagai Isabelle Stedman ini gagal dalam ujian memandu tersebut berikutan dia akan pengsan ketika memandu kerana takut.

Driving L 2

Difahamkan, Isabelle telah belajar memandu kenderaan sejak berumur 17 tahun lagi namun disebabkan ketakutannya itu, dia masih gagal. Sepanjang 30 tahun ini, dia dikatakan telah menghadiri sebanyak 1,000 kelas.

Dia akan menggigil dan berpeluh ketika memandu sehingga kadang-kadang terpaksa berhenti berlatih. Yang peliknya, bila dia jumpa doktor, doktor pun tak pasti apa punca Isabelle ni boleh ada fobia atau ketakutan ketika memandu.

Ryan Porter Phoeg7Sinum Unsplash
Gambar sekadar hiasan

Selain itu, dia juga tak pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum ni, jadi dia pun tak tahu macam mana ketakutan tu boleh terjadi. Disebabkan dah belajar memandu selama puluhan tahun, dia dianggarkan telah menghabiskan £10,000 (kira-kira RM57,744) untuk kelas memandu.

Ada tak antara korang yang takut nak drive kereta jugak macam wanita ni? 

Sumber: Daily Star

Baca: Dah Cuba Sejak 17 Tahun Lalu, Lelaki Di Poland Ini Gagal Ujian Memandu 192 Kali

Driving L 1

Sumber: SWNS

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.