in

“Bil hospital lebih RM300K” – Lelaki Saman Isteri, Dakwa Kasut Punca Jatuh Tangga Sampai Patah Tulang

Saman Kasut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah mahkamah di Amerika Syarikat menolak permohonan saman yang dikemukan seorang lelaki kepada isterinya. Difahamkan, lelaki terbabit mendakwa ketika masih lagi bertunang dengan isterinya, lelaki itu pernah terjatuh dari tangga sehingga mengakibatkan kecederaan serius selepas tersadung kasut milik wanita itu.


Img 8570 E1633836264337
Gambar hiasan

Memetik portal Complex, saman terbabit ditolak oleh mahkamah kerana berpendapat insiden itu boleh dielak sekiranya lelaki yang dikenali sebagai John Walworth itu mengambil langkah berjaga-jaga selain menyifatkan kasut terbabit bukannya disorok secara sengaja dan diletakkan di kawasan mudah dilihat.

Difahamkan, insiden terbabit berlaku pada 18 Februari 2018 ketika Walworth dan isterinya, Judy Khoury belum mengikat tali perkahwinan. Walworth difahamkan sedang mengangkat sebuah kotak dipenuhi empat gelen jug berisi cuka dari kereta milik Khoury ke ruangan bawah tanah rumah.

Broken Leg In A Plaster Cast With Softfocus In The Background Over Picture Id819763122 1 E1633836437875
Gambar hiasan

Ketika sedang menuruni tangga, Walworth mendakwa dia tersadung kasut milik Khoury sehingga mengakibatkan dirinya jatuh bergolek dan mengalami kecederaan serius seperti patah tulang kaki, tangan dan pergelangan tangan.

Dakwa Walworth, selain memerlukan tiga pembedahan yang bernilai lebih RM300 ribu, lelaki berkenaan juga mendakwa dia kehilangan wang pendapatan lebih RM75 ribu akibat tidak boleh bekerja kerana tidak sihat.

Saman terbabit difailkan Walworth pada bulan Oktober 2019 yang mendakwa Khoury telah menghasilkan kondisi rumah berbahaya dan gagal melindungi tetamu yang datang.

1 G2Jzthe8T M8Ytrxmcs14G E1633836644584
Gambar hiasan

Pun begitu, Khoury dalam satu kenyataannya membidas dakwaan Walworth dan berkata kasut miliknya memang selalu diletakkan di situ dan dia tidak terfikir untuk memberi amaran kepada Walworth.

Dalam pada itu, peguam bela Khoury pula berkata, sekiranya Walworth melihat dengan betul dahulu kemana dia mahu pergi, insiden itu dapat dielakkan.

“Logiklah dia (Walworth) perlu berhati-hati, lebih-lebih lagi sebab dia sedang menuruni tangga sambil membawa barang. Dia sepatutnya boleh melihat kasut terbabit dengan mudah,” katanya.

Selain itu, Khoury juga disokong syarikat insuransnya yang menyatakan kasut terbabit berada di kawasan mudah dilihat dan tidak dianggap sebagai satu bahaya dan sepatutnya boleh dielak manusia yang waras.

Untuk pengetahuan, Walworth dan Khoury sudah mengenali satu sama lain selama bertahun-tahun sebelum mula bercinta pada tahun 2015, bertunang pada tahun 2017 dan berkahwin dua tahun kemudian. Menurut rekod mahkamah, pasangan terbabit masih lagi berkahwin sehingga kini.

Sumber: Complex

Baca: Lelaki Ini Saman Keluarga Mertua Lepas Dapat Tahu Isteri Bukan Wanita Sejati

Feature 1 E1633834017288

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.