in

“Biar dorang gaduh dengan awek” – Lelaki Beli Sepaket Berus Maskara, Tinggalkan Dalam Kereta Member

Ft Single Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila dikelilingi dengan rakan-rakan yang kebanyakannya sudah berpunya, sudah tentu ada yang merasa sunyi dan cemburu bukan?


Apatah lagi apabila setiap hari ada sahaja korang nampak rakan-rakan yang up status atau gambar ‘sweet’ di media sosial masing-masing.

 

Cemburu kawan semua dah berpunya.

Sama ada kasut, lipstick mahupun sehelai rambut yang dijumpai dalam kereta, barang-barang ini dapat mencetuskan perbalahan antara pasangan gara-gara rasa curiga sekiranya kekasih hati ada memasang ‘scandal’ tanpa pengetahuan.

Oleh itu, gara-gara sudah penat menjadi single, lelaki ini telah ‘mendajalkan’ rakan-rakan lelakinya dengan meletakkan alat kosmetik wanita dalam kereta mereka untuk mencetuskan perbalahan dengan pasangan masing-masing.

 

Beli berus maskara, tinggal dalam kereta member

Menerusi perkongsian yang dimuat naik olehnya melalui akaun Twitter, dia telah membeli sepaket berus maskara daripada sebuah kedai.

Tujuannya adalah untuk meninggalkan berus maskara tersebut di dalam kereta rakan-rakan lelakinya yang lain supaya mereka bertengkar dengan girlfriend masing-masing konon-kononnya mereka ‘kantoi’ curang dengan wanita lain.

Feat Single 1

 

Penat jadi single

Aku dah penat jadi single. Jadi aku beli ini (berus maskara) untuk ditinggalkan dalam kereta kawan-kawan lelaki yang lain. Biar dorang bergaduh dengan girlfriend masing-masing. 

Aduhai, cemburu dia tahap tujuh petala langit. 

Posting yang dimuat naik oleh lelaki ini telah menarik perhatian netizen sehinggakan berjaya meraih sehingga lebih daripada 30,000 retweets dan 400,000 likes.

Rata-rata netizen terhibur dengan perbuatan lelaki ini dan menganggapnya sebagai bahan gurauan sahaja. Namun, terdapat juga netizen yang mengecam lelaki ini sebagai toksik dan sanggup menghancurkan kebahagian rakan sendiri.

 

“Sebab ni kau single” – Netizen

Twit 1 4

Twit 2 4

Twit 3 4

Min pun rasa dia bergurau je tu. 

Baca: “Macam pegang tangan girlfriend” – Jepun Cipta Inovasi Tangan Robot Khusus Untuk Golongan Single

Baca Kawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.