Masa kecik-kecik dulu kalau main dekat luar rumah sampai lepas Maghrib mesti mak kita akan jerit panggil masuk kalau tak kita kena sorok dengan hantu t*tek atau ada segelintir panggil hantu kopek kan?
Kalau korang nak tahu, Indonesia juga mempunyai kepercayaan yang sama. Mereka sering momokkan anak mereka dengan mengatakan Wewe Gombel akan menculik budak-budak yang berkeliaran tanpa orang tua selepas azan maghrib.
Kerana kuatnya kepercayaan mereka terhadap makhluk mistik ini, kes penculikan di sana sering dikaitkan dengan Wewe Gombel.
Macam yang dilaporkan oleh Sosok ini apabila seorang ibu, Darwati melaporkan anak perempuannya Sri Wahyuning hilang pada waktu maghrib.
Ceritanya, Darwati yang merupakan seorang peniaga soto ini sedang sibuk melayan pelanggannya sebelum dia menyedari anaknya hilang.
Hairannya, tak ada seorang pun pelanggan wanita ini nampak anaknya Yuni pergi ke mana.
Saya cari dekat rumah kawannya tak ada, di sungai tempat dia bermain tak ada. Saya risau dia diculik orang kerana kali terakhir saya nampak dia di depan rumah.”
Darwani kemudiannya meminta tolong jiran-jirannya untuk membantu mencari anaknya.
Seorang ustaz yang turut membantu ibu ini mengatakan, menurut firasatnya, Yuni masih ada di kampung tapi dia tengah diajak “berjalan-jalan”.
Sejurus selepas ibu ini mendengar kenyataan ustaz tersebut, dia terus teringat pesan orang tuanya dulu-dulu.
Kalau kanak-kanak diculik oleh wewe gombel, orang tuanya harus telanjang dan menonggeng.”
Tanpa membuang masa, Darwani pergi ke kebun dan membuka pakaian dan pakaian dalamnya sebelum dia menonggeng.
Ibu ini terkejut kerana ketika dia menonggeng, dia terdengar suara anaknya memanggil. Seriouslahhh
Selepas itu, tiba-tiba Yuni muncul di pintu belakang rumah mereka. Menurut Darwani, anaknya ditemui dalam keadaan bingung dan lebih banyak mendiamkan diri.
Yuni kemudiannya memberitahu Darwani yang dia di bawa oleh “orang besar” ke kolam dan dimandikan dalam suasana gelap.
Wewe Gombel sama dengan hantu kopek yang sering diceritakan oleh orang dulu-dulu di sini. Ia digambarkan sebagai seorang wanita tua kerepot dengan payudara yang panjang dan tergantung.
Suratan atau kebetulan?
Baca: “Satu Malaysia kena tipu!” – Viral Video Makhluk Nyanyi Atas Pokok Rupanya Bukan Hantu Tapi…