KES BELLA ‘DILANYAK’ DENGAN TERUK SEHINGGA DIKATAKAN DIPAKSA MAKAN NAJIS SENDIRI DAN DICURAH DENGAN AIR PANAS, TERNYATA MEMBUKA MATA RAKYAT MALAYSIA.
DIMANAKAH PERIKEMANUSIAAN DAN KEPRIHATINAN TERHADAP ANAK SYURGA ITU SEHINGGA DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA.
Bagi yang mengikuti rapat perkembangan kes Bella, pasti kecewa kerana sehingga kini tiada keputusan dan penyelesaian kepada kes tersebut, meskipun ‘bukti’ sudah ada di depan mata.
Ramai marah, sedih, kecewa, bengang dan sayu apabila mengetahui apa yang dilakukan suspek ke atas Bella dan situasi yang terpaksa Bella hadapi.
Begitu seriusnya kes Bella ini, sehinggakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri tawarkan khidmat peguamnya secara percuma untuk memerhati kes ini.
Namun, ada sisi lain yang mungkin ramai antara kita terlepas pandang iaitu sikap dan perilaku rakyat Malaysia khususnya yang mengikuti kes penderaan adik Bella.
Untuk pengetahuan, nama pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sejak dua menjak ini trending dan sering meniti di bibir seluruh rakyat Malaysia, malah di media sosial namanya semakin popular.
Bagaimanapun ‘kepopularan’ itu bukan lah sesuatu yang boleh dibanggakan, kerana majoriti cukup marah dan benci dengan suspek kes penderaan Bella ini.
Ini antara coretan-coretan netizen terhadap suspek kes dera Bella. Korang nilaikan sendiri. Marah memang marah, namun seakan adab semakin menghilang.
Sememangnya kita patut rasa marah dan bengang dengan apa yang terjadi kepada adik Bella, tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan terhadap kanak-kanak istimewa, namun mungkin lebih baik kemarahan tersebut disalurkan dengan cara yang lebih baik dan betul.
Paling penting, doa dan sokongan tanpa henti terhadap adik Bella supaya keadilan dapat ditegakkan dan pelaku dapat hukuman yang setimpal atas perlakuan kejamnya terhadap Bella.
#Justice4Bella
Baca : Saksi Dedah Bella Disumbat 1,280 Cili Tak Diberi Minum Air Sebab Tak Dengar Cakap Bainun