Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan pada suku pertama tahun ini, banyak syarikat-syarikat yang terpaksa gulung tikar. Ini bermakna ramai juga dalam kalangan kita yang dibuang kerja dan menganggur. Perkara ini memang menjadi realiti yang tidak boleh disorok lagi.
Untuk keluar dari kepompong pengangguran, ramai yang terpaksa melakukan pelbagai kerja. Malahan, ada yang sanggup beratur berjam-jam lamanya untuk menghadiri temuduga kerja. Cuba korang tengok berapa ramai yang beratur dalam video @daddysado20 kat bawah ni.
Walk in interview di IKM Manjung. Goshh seriously many are unemployed nowadays…. huhuhu#jagakejekalotaknaknganggur pic.twitter.com/1JOt7eXImG
— Daddysado20 (@daddysado20) September 24, 2020
Panjang betul beratur!
Kalau tengok video tu, memang nampak ramai orang beratur. Admin pun tak pasti dari pukul berapa dorang semua tu start beratur. Harap ada peluang kerja untuk yang beratur tu.
Admin pun rasa sayu tengok dorang beratur panjang macam tu. Tahniah diucapkan sebab tak berputus asa dan semoga dipermudahkan segala urusan semuanya.
Betul, setiap kali jatuh, kita kena bangun. Kalau dapat tu kira ada rezeki, kalau tak dapat tu, mungkin rezeki yang lebih elok ada kat tempat lain.
Admin pun doakan semua yang beratur tu dipermudahkan urusan untuk dapat kerja. Tak kisah lah dapat kat situ atau tempat lain. Rezeki tak pernah salah alamat. Semangat tu jangan pernah padam ye.