Sejak minggu lepas, kisah rumah tangga PU Abu menjadi bualan rakyat Malaysia kerana tindakannya menceraikan isteri yang tengah hamil 7 bulan untuk menikahi seorang janda anak satu.
Pelbagai kecaman dilontarkan kepada PU Abu kerana menaikkan kemarahan orang ramai disebabkan tindakan dia yang tergamak membina kebahagiaan atas air mata isteri.

Selepas beberapa hari, Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi tampil membuat permohonan maaf dekat ruangan komen Instagram.
Abu mengakui kesilapan dia menceraikan isteri yang tengah hamil dan menyesal dengan tindakan dia tu.
Saya memohon maaf di atas kesalahan saya menceraikan isteri ketika mengandung dan amat menyesali keterlanjuran saya lakukan.”

Tapi, bagaimanapun netizen masih bengang dengan Abu dan mempertikai sama ada permohonan dia buat tu ikhlas atau just untuk jaga nama serta status sebagai Pencetus Ummah.
U menyesal because u memang menyesal, or u menyesal because u got caught? I’m sure a lot of brands/clients wouldn’t want to be associated with u now.”
I dislike men like you. Only apologises when things don’t go your way. Only “menyesal” when it’s jeopardising your career.“
Menurut mereka dekat ruangan thread Twitter tu, orang seperti Abu inilah yang digelar ‘penunggang agama’ dan membuatkan orang lain menjauhi agama. Ada juga yang berkata tentang betapa murahnya ‘maaf’ pada zaman sekarang tanpa sedar kesan daripada tindakan yang dibuat.

“Biasa jantan jantan macam inilah senang betul nak dapat isteri atau perempuan lepas tu tak reti hargai bila dah dapat.”

Disebabkan kes ini, ramai yang mahu gelaran Pencetus Ummah dia ditarik semula kerana tidak memberi contoh yang baik serta memburukkan nama baik ‘orang agama’.