in

“Betul lah nasihat ibu tu” – Remaja Tak Puas Hati Ada Individu Bagi Gambar Dia Berpeluk Dekat Ibunya, Tapi Ini Respon Netizen

Featured Image Peluk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, penggunaan media sosial memang sangat meluas. Sesiapa sahaja boleh menggunakan media sosial. Tapi, korang guna media sosial untuk perkara yang elok ke tidak?


Baru-baru ni, tular dekat laman Twitter mengenai seorang remaja sekolah yang bengang ekoran gambar dia berpelukan dengan seorang gadis telah diberikan secara senyap kepada ibunya.

Tweet tersebut pada mulanya telah di muat naik oleh individu itu sendiri. Namun menurutnya setelah beberapa minit, dia telah memadamnya. Tapi biasalah, dunia internet kan? Ada sahaja orang yang sempat screenshot.

Dalam tweet asalnya itu, dia kelihatan bengang kerana ada individu yang bagi gambar tersebut kepada ibunya.

Perkara itu mula diketahui apabila ibunya telah mengantar gamabr tersebut beserta nasihat serta teguran terhadap remaja tersebut.

Eooay1Bucaello5
Sumber: twitter

Teguran daripada ibunya itu adalah kerana dia bimbang jika anaknya itu terus hanyut dengan sikap yang tidak baik. Tambahnya lagi pada tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ramai juga netizen yang berpendapat bahawa teguran ibunya itu merupakan suatu perkara yang betul.

Padan Muka 1
Sumber: twitter

 

Padan Muka 2
Sumber: twitter

 

Padan Muka 3
Sumber: twitter

Tapi, hubungan remaja ini dengan ibunya masih lagi baik seperti sebelum ini. Ibunya hanya menegur kesilapan yang dia lakukan itu sahaja. Mana ada ibu nak lihat anak dia tak berjaya kan?

https://twitter.com/tunfath1/status/1217076114243276800?s=20

Haa, takpelah dik, dengan cakap ibu tu. Dia nakkan yang terbaik untuk anak-anak je.

 

Baca: “BERDOSA. Stop it. Taubat!” – Pelajar Kantoi Tweet Benda Lucah, Kena Ceramah Dengan Mama Dekat Whatsapp

Fjdkas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.