Tak dinafikan, media sosial hari ini memainkan peranan yang sangat penting dan boleh lah nak cakap hidup akan rasa ‘tak lengkap’ kalau sehari tak bukak mana-mana media sosial.
Selain nak ikuti perkembangan semasa rakan-rakan, banyak perkara baharu atau cerita-cerita menarik yang akan ‘melintas’ dalam media sosial, baik Facebook, Instagram mahupun TikTok. Tak hairanlah setiap hari, pasti media-media ini akan dilayari sekurang-kurangnya sekali, sama ada pagi ataupun malam.
Kalau perasan, akhir-akhir ini mesti ada cerita menarik pasal abang atau kakak ‘rider’ yang bertungkus lumus menghantar pesanan tidak kira panas atau hujan. Terbaru, abang rider grab kita dikatakan ‘buat hal’ apabila mengenakan pakaian ‘Atok KFC’ ketika menghantar makanan pelanggan.
Comel oiii…

Mengikut cerita, rider Grab ini dikatakan telah memakai pakaian Colonel Sanders ketika menghantar pesanan pelanggan-pelanggannya. Meskipun ramai yang pelik namun rata-rata teruja, sampai siap ajak selfie lagi dengan abang Grab.
Mesti korang pelik kan, kenapa abang rider tu buang tebiat pakai pakaian Atok KFC?
@worldofbuzz#ad Thats how i want my KFC delivered ??#pestabersamakolonel #fypシ #sponsored #viralnewsmalaysia
Kolonel Sanders sendiri yang hantar pesanan KFC?
Jangan terkejut, sebenarnya Grab sekarang ni ada buat kolaborasi dengan KFC dalam usaha untuk mempromosikan ‘Pesta Bersama Kolonel’ dan tak mustahil, korang pun boleh mendapat penghantaran daripada mereka yang berpakaian seperti Colonel Sanders ini.

Kalau nak tahu, sepanjang bulan Disember ini, korang boleh membuat pembelian kombo lengkap dengan harga promosi kempen yang sangat menarik untuk korang nikmati bersama keluarga tersayang melalui GrabFood.
Tengok pada senarai, korang boleh ‘buat party’ dengan kawan-kawan bermula daripada 3 orang sehingga ke 9 orang!
Dengan harga serendah RM35.99 pun korang dah boleh nikmati set lengkap untuk 3 orang yang merangkumi Ayam, Burger, Nugget, Kentang Putar (L) dan 1.5L Pepsi Black.
List penuh, korang boleh tengok kat bawah ni.

“Kalau korang nak tahu, promosi Pesta Bersama Kolonel ni menawarkan potongan sehingga 25% kepada set-set yang tersenarai, tetapi ia hanya boleh didapati secara eksklusif melalui GrabFood! ”

Memang berbaloi sangatlah!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke Facebook rasmi KFC di sini, atau tunggu apa lagi, terus je buat pesanan melalui Grab! Jangan lupa sertakan #KFCxGrabFood kalau korang ambil gambar dengan ‘Kolonel’.
