in

“Betul ke nak tolong tu?” – Polis Masuk Hospital Kena Cakar Dengan Isteri Lepas Gambar Tolong Wanita Seksi Viral

collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dah cemburu tu, macam-macam boleh jadi…

Macam insiden yang berlaku dekat Thailand ni, seorang pegawai polis terpaksa dihantar ke hospital selepas diserang dengan isterinya yang cemburu.


Menurut Awani, seorang wanita tak boleh nak tahan rasa cemburunya bila gambar suaminya yang juga merupakan seorang pegawai polis membantu seorang wanita kemalangan tular di media sosial.

67766362 2655984381099661 4061410131244482560 n

Gambar di atas ini menunjukkan tindakan pegawai polis seperti seorang hero mendukung wanita yang termasuk ke dalam semak selepas kereta yang dipandunya terbabas sambil dibantu oleh dua lelaki lain.

Malangnya, tindakan pegawai polis ini mengundang kemarahan isterinya bila dia tengok tangan suaminya berada di tempat yang tak sepatutnya.

Marah dengan ‘aksi’ suaminya ini, wanita tersebut telah mencakar muka suaminya hingga lelaki ini mengalami kecederaan di muka dan perlu menerima rawatan di hospital.

Selepas kisah tindakan isteri serang pegawai polis ini tular, ramai juga netizen yang bersetuju yang pegawai polis ni memang nampak macam nak ambil kesempatan. Haha… Memang nampak sangat fishynya…

Daripada dapat pujian tolong orang, last-last balik rumah bini pulak mengamuk. Dah jadi macam ni siapa pulak nak tolong dia?

 

Baca: Suami Tetak Isteri di Beaufort Kerana Cemburu Sangka Ada Hubungan Sulit di Facebook

Screenshot 2019 08 07 at 4.17.37 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.