Seperti yang kita tahu, jika seseorang itu meninggal disebabkan Covid-19 mereka akan ada prosedur khas cara kebumikan mayat. Salah satunya mayat akan dibalut dan di spray dengan nyah kuman.
Baru-baru ini, dilaporkan 15 orang penduduk di Kampung Jati Mukim Waru, Sidoarjo, Indonesia disahkan positif Covid-19 gara-gara ada yang membuka keranda mayat yang dijangkiti.
Keluarga pada mayat yang dijangkiti virus itu, degil dan mereka ingkar dengan prosedur yang ditetapkan.
Menerusi laporan Detik News, Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa rasa kecewa dengan kejadian yang berlaku itu.
Menurut Khofifah, keluarga itu membuka keranda dan mandikan mayat itu sendiri tanpa mengikut prosedur.
Pemangku Bupati Sidoarjo, Nur Ahmad Syaifuddin memberitahu dia menerima maklumat tentang kes ini agak lewat dan sememangnya ia berlaku disebabkan kecuaian.
Selepas kejadian itu, pasukan petugas perubatan telah melakukan ujian swab ke atas keluarga mayat dan juga penduduk kampung di situ.
Akibat daripada kes ini, 15 orang telah dijangkiti dan mereka terpaksa menjalani kuarantin yang sangat ketat.. Kesian apalah nasib dorang ni…
Ini Prosedur Cara Menguruskan Jenazah Di Malaysia