in

“Best modification ever!” – [VIDEO] Netizen Terharu Lihat Anak Sanggup ‘Modify’ Kereta Untuk Mudahkan Bapa

Netizen Terharu Lihat Anak Sanggup Modify Kereta Untuk Mudahkan Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi amanah bagi anak-anak untuk menjaga ibu bapa yang sudah lanjut usia, sepertimana ibu bapa telah menjaga kita seperti menatang minyak yang penuh sejak kita lahir, begitu jugalah kita harus berbakti kepada kedua ibu bapa.

Walaupun ibu bapa yang berusia lebih suka untuk tinggal di rumah, namun kadangkala terdapat beberapa situasi di mana kita terpaksa membawa ibu bapa keluar, sebagai contoh untuk mendapatkan rawatan hospital atau berziarah.


Baru-baru ini, tular di laman TikTok apabila seorang anak dikatakan berbelanja hampir RM 3000 untuk mengubah suai keretanya bagi memudahkan bapanya yang uzur.

@mohdirwanshah46

ade mase kite bawak abah jalan2 #seatoku #myvipasso #fypシ

♬ Do’aku – Haddad Alwi

Video pendek yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @mohdirwanshah46 itu menunjukkan dia mengubah suai tempat duduk penumpang hadapan yang membolehkan bapanya untuk menaiki kereta dengan lebih mudah.

Dalam ruangan komen, pemilik video berkenaan memberitahu anggaran kos pengubah suaian tempat duduk tersebut boleh menelan belanja kira-kira RM 2500 ke RM 3000 dan ia bergantung kepada penjual kerana barangannya sangat rare.

“Respect you bro!”

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima hampir dua juta tontonan dan lebih dua ribu komen. Rata-rata netizen kagum dengan pengubah suaian yang dilakukan dan tidak kurang juga yang memuji usaha lelaki tersebut.

Mdfy

Semoga kita pun diberikan rezeki untuk berbakti kepada kedua ibu bapa…

Baca: “Orang kemain puji, aku buka aib dia” – Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Mereka ‘Terbuka’ Aib Anak

Pelakon Lelaki Tumbuk Tendang Pak Guard Dibebaskan Pihak Polis Hari Ini 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.