in

Besarnya ikan! – [Video] Air Empangan Dilepaskan, Orang Kampung Di Pattani Tak ‘Gentar’ Terjun Sungai Tangkap Ikan ‘Gergasi’

Ft Ikan Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah rakaman video yang merakamkam momen ‘unik’ dan ‘rare’ di sebuah perkampungan di Pattani apabila mereka kelihatan gembira pula meraikan ‘banjir’ di sana berbeza pula dengan kita di Malaysia.


Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di laman Facebook @Wartani, kelihatan seperti sebuah ‘sukan air banjir’ sedang berlangsung di mana ramai penduduk kampung di bahagian Selatan Thailand itu kelihatan teruja dan tidak ‘gentar’ bermain air di tepi sungai.

Lompat 1

Walau bagaimanapun, air yang kelihatan mengalir dengan agak deras itu sebenarnya bukanlah air banjir seperti yang disangkakan tetapi air daripada empangan yang dilepaskan ke dalam sungai berkenaan. 

Difahamkan, mereka telah melepaskan air limpahan daripada empangan besar di sana ke dalam sungai untuk mengelakkan banjir buruk daripada berlaku.

Atas kesempatan itu, penduduk kampung pun apa lagi, terus sahaja mereka mengambil peluang untuk mengadakan pesta air di sungai tersebut yang terdiri daripada beberapa orang ‘peserta’.

Mereka yang ingin mencari ‘rezeki’ berlumba-lumba untuk terjun ke dalam air sungai yang deras itu sambil memakai jaket keselamatan dengan tujuan untuk menangkap ikan-ikan yang turut terlepas daripada empangan tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan, ikan-ikan tersebut bukanlah ikan kecil yang kebiasaannya ‘menetap’ di dalam sungai, tetapi terdiri daripada ikan-ikan yang bersaiz ‘gergasi’! 

Ikan 1

Wow, lain macam betul saiz ikan ‘ternakan’ empangan ni. 

Menariknya, hasil ‘pertarungan sengit’ antara mereka, ramai juga yang berjaya menangkap beberapa ekor ikan yang bukan ‘calang-calang’ saiznya.

Menerusi komen-komen daripada rakyat tempatan, antara ikan terbesar yang berjaya ditangkap oleh ‘peserta’ ialah ikan keli raksasa dan ikan pangasius. 

Ikan 2

Untuk pengetahuan korang, pelepasan air empangan ini bukanlah dilakukan secara suka-suka sahaja, tetapi merupakan sebuah langkah keselamatan yang penting untuk mengelakkan berlakunya banjir besar.

Ini disebabkan hujan lebat yang berterusan akan mengakibatkan air dalam empangan naik. Empangan yang tidak lagi mampu untuk menampung jumlah air yang banyak seterusnya akan menyebabkan berlakunya pula banjir besar.

Video ini dimuat naik semula oleh seorang pengguna Twitter seperti yang korang boleh tonton di bawah ni:

Macam syok je min tengok. Ikan pun ‘ngeri-ngeri’ saiznya. 

Baca: “Tolonglah pantau anak2 musim banjir ni” – Viral Aksi Remaja Terjun Dalam Sungai Deras Pada Musim Banjir, Buat Netizen Seriau!

Baca Sungai

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.