in

“Besar sungguh pengorbananmu” – Remaja 16 Tahun Sanggup Berhenti Sekolah, Jaga Ayah Lumpuh & Sara Persekolahan Adik-adik

Feature 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang peluang untuk belajar tidak dimanfaatkan sepenuhnya buat orang yang berpeluang untuk menuntut ilmu. Ada sesetengah individu yang mahu belajar namun tidak berpeluang manakala yang mampu untuk ke sekolah pula mensia-siakan peluang tersebut.


Seperti kisah yang dilaporkan oleh Sinar Harian, seorang remaja yang berusia 16 tahun yang tinggal di Kampung Kota Jembal, Kelantan terpaksa berhenti sekolah sejak beberapa tahun lalu demi menjaga ayahnya yang lumpuh akibat angin ahmar. Sedihnya bila baca kisah ni. 

Adik Jual Jagung

Alif Iqbal Fauzi bekerja sebagai penjual jagung madu di pasar malam untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga dan juga menanggung persekolahan tiga adiknya yang berada di tadika dan sekolah rendah.

Disebabkan penyakit diabetes yang dihadapi oleh ayahnya, dia juga perlu menyediakan keperluan ubat-ubatan ayahnya yang dianggarkan lebih kurang RM3000 sebulan termasuk lampin pakai buang. Beratnya ujian keluarga ini. 

Ibunya, Noor Razira Seman tidak mampu untuk menukar lampin ayahnya seorang diri jadi dia akan pulang ke rumah untuk membantu ibunya selepas menghantar adik-adiknya ke sekolah sebelum keluar semula untuk bekerja.

Adik Jual Jagung 1

Walaupun mempunyai minat dalam bidang automotif, dia terpaksa melupakan seketika hasratnya untuk belajar kerana perlu memikul tanggungjawab sebagai anak sulung.

Rata-rata netizen mendoakan agar urusan keluarga ini dipermudahkan oleh Allah.

Fb Komen Sinar Harian

Semoga Allah sentiasa melimpahkan rezeki dan melindungi keluarga ini. 

 

Baca: 5 Sekeluarga Orang Asli Hidup Melarat, 7 Tahun Duduk Rumah Usang & Berteduh Dalam Tong Waktu Air Pasang 

Keluarga Susah

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.