in

“Berpantang maut sebelum ajal” – Remaja Terselamat Lepas Tertimbus Runtuhan Apartment Selama 58 Jam

Feat Gempa Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Jumaat lalu, dunia digemparkan dengan berita mengenai gempa bumi dari Laut Aegea yang melanda dua buah negara iaitu Turki dan Greece sehingga meyebabkan berlakunya kerosakan teruk dan kematian.


Operasi mencari dan menyelamatkan mangsa dilaporkan masih giat dijalankan di kedua-dua buah negara yang terlibat.

Gempa

 

Terperangkap bawah runtuhan apartment selama 58 jam

“Berpantang maut sebelum ajal”. Itulah pepatah Melayu yang sesuai digambarkan untuk insiden ‘ajaib’ yang berlaku ketika proses mencari dan menyelamatkan mangsa yang giat dijalankan di Izmir, Turki ini.

Menurut Awani yang memetik media tempatan, seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun dikatakan  terselamat daripada runtuhan apartment gara-gara gempa bumi yang melanda Turki itu.

Malah apa yang lebih mengejutkan, mangsa yang dikenali sebagai Idil Sirin itu telah terperangkap di bawah runtuhan apartment itu selama 58 jam!

Feat Gempa

Wow, sikit lagi nak cecah 3 hari. 

Mangsa telah berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat Turki pagi Isnin. Bukan itu sahaja, seorang pekerja penyelamat turut berjaya dibawa keluar dari runtuhan di bandar itu pada hari yang sama.

 

75 terkorban, 1,000 cedera di Turki

Menurut laporan, sekurang-kurangnya 75 orang dilaporkan terkorban di Turki, manakala hampir 1,000 yang lain pula mengalami kecederaan setakat ini.

Feat Gempa 2

Manakala di Pulau Samos, Greece pula, dua remaja telah dilaporkan terbunuh dan sekurang-kurangnya 19 orang yang lain cedera gara-gara gempa bumi yang melanda Laut Aegea itu.

Menurut tinjauan Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi yang bermagnitud 7.0 skala ritcher telah direkodkan di Laut Aegea. Manakala, Institut Kandili Istanbul pula mendakwa gempa bumi yang melanda itu dicatatkan bermagnitud 6.9 skala ritcher.

Sama-sama kita doakan keselamatan rakyat untuk kedua-dua buah negara yang terlibat. 

 Baca: Gempa Bumi 7.0 Skala Ritcher di Turkey, 26 Terkorban Setakat Ini Baca Gempa

Sumber: Astro Awani
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.