in

“Berlaku pengkhianatan terbuka”-[TERKINI] Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin Dan 9 Ahli Parlimen Isytihar Keluar PKR!

Featured 41

Susulan pergolakan politik yang berlaku dalam kerajaan Pakatan Harapan semalam, hari ini terjawab segala persoalan selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Terbaru, dilaporkan 11 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengisytiharkan keluar dari parti dan muafakat Pakatan Harapan Bagi membentuk blok bebas di parlimen.

Perkara itu dinyatakan sendiri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam posting terbaharu di facebooknya hari ini.

https://www.facebook.com/MohamedAzminAli/posts/2904137352983925?__xts__[0]=68.ARAxVHRGxYn5R9Vw37ZsT_lDm6tVT5cMXt58Vy1cRynjx5Yof5mP1whd-kGoaUBd473yLsEfamyoXCsiLIsDDRESZP-p91aDIgrCaruNMgUbNM1OI046n0-AOd8SUHxTFGJTsik4z_IyXpYNvT7v3gD5UX8zSD8dzWKGetijk0MPkfylVXZetnzghIw46Hy3lyMrBmnIQxt-xr7tgrxDidwbJIbhS3a22yHOJYqFZULjk-__aC9J3j5TZyQ2MiCZsOuUVMdfP_F7FkxNBszx_BabL4jbdeoveMCSO4JAxPZu15_MwxcJZXWiRBLkNlO9J_bUD4BwLglfC15_WMyQ_g&__tn__=-R

Ternyata berita ini mengejutkan ramai pihak.

Namun dalam laporan yang dikeluarkan FMT hari ini, PKR memecat keahlian Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin berkuatkuasa serta-merta.

Majlis pimpinan pusat parti itu dilaporkan telah mencapai kata sepakat  dalam mesyuarat khas yang bersidang hari ini.

1 26

“Telah berlaku satu pengkhianatan terbuka oleh beberapa watak dalang utama yang jelas bercanggah dengan pendirian parti dalam perkara berkenaan kedudukan perdana menteri.

“Akibat pengkhianatan terbuka, ianya menyebabkan keadaan yang boleh menjejaskan kerajaan Pakatan Harapan.

“Majlis pimpinan pusat atas keputusan secara sebulat suara mengambil ketetapan Azmin dan Zuraida terpecat atau dipecat sebagai ahli berkuatkuasa serta-merta,”- Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail 

 

Apa cerita ni?

Baca :GEMPAR! Dr Mahathir Serahkan Surat Perletakan Jawatan Sebagai Perdana Menteri Kepada Agong

Collage 54

Sumber: FMT