in

“Berlakon sampai jatuh cinta” – Ini 7 Filem Yang Musnahkan Perkahwinan Selebriti Terkenal

collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk menjadikan sesuatu filem itu dirasai oleh penonton, lakonan yang diberikan perlulah meyakinkan kan? Sebab tu dalam lakonan penting juga kalau orang yang berlakon bersama ni ada chemistry.

Korang mesti banyak kali tengok filem dan nampak pelakon-pelakon jadi pasangan suami isteri atau bercinta memang menjadi betul kan? Sebenarnya, pelakon yang jatuh cinta di set penggambaran selepas berlakon bersama ni memang sering berlaku, tapi masalah berlaku bila ada antara pelakon ni yang dah berkahwin dengan orang lain!


Jadi dekat bawah ni, kami akan senaraikan beberapa filem popular yang telah meruntuhkan rumahtangga selebriti gara-gara dorang curang di set penggambaran.

Artikel berkaitan: Pasangan Pernah Curang? Kajian Buktikan Mereka Selalunya Tak Rasa Bersalah!

Artikel berkaitan: 4 Selebriti Ini Terlepas Dari Tuduhan Rogol & Bunuh Walaupun Fakta Kes Kuat Sebab…

1. Mind Over Murder

Mind Over Murder Spelling McDermott Interrogation.jpeg

Tori Spelling dan Dean McDermott dua-dua telah berkahwin dengan orang lain ketika mereka bertemu di set penggambaran filem Lifetime TV yang bertajuk Mind Over Murder. Malah, McDermott turut mempunyai seorang anak dengan isterinya.

Namun begitu, chemistry yang dirasai ketika berlakon telah menyebabkan dua pelakon ini telah bermalam bersama pada hari yang sama dorang jumpa. Amboi!

Selepas dari penggambaran ini, kedua-dua pelakon ini telah berpisah dengan pasangan masing-masing dan setahun selepas itu mereka telah kahwin lari di Fiji. Kalau korang nak tahu, Spelling dan McDermott masih bersama sehingga sekarang dan mempunyai lima anak bersama tau!

2. Green Lantern

img green lantern 174838210607.jpg

Blake Lively dan Ryan Reynolds ni merupakan couple goals untuk peminat-peminat mereka. Mana tidaknya, dorang selalu kongsikan lawak-lawak dan nampak sangat bahagia dengan satu sama lain.

Tapi sebenarnya ramai tak tahu yang pasangan ini telah bertemu semasa di set penggambaran Green Lantern dan ketika itu Ryan Reynolds sedang berkahwin dengan pelakon cantik, Scarlett Johansson. Lively dan Reynolds dilihat sangat mesra antara satu sama lain sepanjang penggambaran filem tersebut.

Tak lama selepas penggambaran filem ini tamat, Lively telah memutuskan hubungan percintaannya dengan pelakon Penn Badgley dan Reynolds juga turut menceraikan Scarlett Johansson dalam masa yang sama. Tak seperti filem Green Lantern yang flop, pasangan ini dilihat masih sangat bahagia bersama.

3. Mr. & Mrs. Smith

mr mrs smith sm 072e8fbd138b48079d1de567c028a230

Ni antara skandal curang paling popular pernah terjadi di Hollywood. Brad Pitt telah bercerai dengan pelakon Amerika kesayangan ramai Jennifer Aniston selepas dia bertemu dengan Angelina Jolie di set penggambaran Mr. & Mrs. Smith.

Jolie dan Pitt terus jatuh cinta di set penggambaran dan krew-krew di sana juga sering bercakap tentang chemistry di antara dua pelakon ini yang dilihat sangat kuat. Pitt dan Aniston kemudiannya bercerai selepas khabar angin mengenai hubungan dua pelakon ini mula tersebar.

Selepas itu, gambar Pitt dan Jolie bercuti bersama di Afrika telah tular dan akhirnya pasangan ini berkahwin dan mempunyai enam anak bersama termasuk anak-anak angkat sebelum berpisah pada tahun 2016.

4. Dream House

0c017a21630f058bcfc35ce06ab30703

Ketika penggambaran Dream House bermula, Rachel Weisz telah pun bertunang dengan kekasihnya Darren Aronofsky selama hampir 10 tahun. Daniel Craig merupakan pasangannya di dalam filem ini dan kedua-dua mereka telah jatuh cinta sejurus selepas digandingkan bersama walaupun mereka berdua telah pun bertunang dengan orang lain.

Percintaan mereka ini telah menyebabkan Craig dan Weisz memutuskan pertunangan mereka dan mengaku bahawa mereka telah jatuh cinta sejuruh selepas penggambaran filem tersebut tamat. Craig dan Weisz kemudiannya berkahwin tujuh bulan kemudian dan masih bersama sehingga sekarang namun merahsiakan hubungan mereka dari mata awam.

5. Daredevil

ben affleck daredevil vs jennifer garner elektra.jpg

Filem 2003 ini mungkin dirasakan bosan oleh ramai penonton, tapi apa yang terjadi disebalik tabir memang sangat menarik. Ben Affleck dan Jennifer Garner telah jatuh cinta ketika di set penggambaran tersebut walaupun mereka pernah berlakon bersama sebelum ni untuk filem Pearl Harbor.

Masalanya, Jennifer Garner pada ketika itu telah pun berkahwin dengan Scott Foley manakala Ben Affleck pula sedang bertunang dengan Jennifer Lopez. Setahun selepas Daredevil ditayangkan, Affleck telah memutuskan pertunangannya dengan JLo dan Garner ceraikan suaminya.

Mereka kemudiannya telah berkahwin pada tahun 2005 dan mempunyai tiga orang anak bersama sebelum bercerai pada tahun 2015.

Ben Affleck kini telah pun berkahwin dengan kekasih lamanya, Jennifer Lopez pada Ogos 2022.

6. Snow White and the Hunstman

vmq6tOEwVIUypJ21FhppWkcum0pAhywRkjSJ3552diU.jpg

Untuk peminat filem Twilight, dorang memang sangat happy bila dapat tahu Kristen Stewart dan Robert Pattinson bercinta di luar set penggambaran dan mereka dilihat sangat bahagia dan ada yang berharap dorang bersama selamanya.

Namun semuanya berakhir apabila Stewart menjalani penggambaran Snow White and the Huntsman dan bertemu dengan pengarah, Rupert Sanders.

Sanders telah berkahwin dan mempunyai anak-anak dan juga sangat berusia berbanding Stewart ketika gambar-gambar menunjukkan Stewart dan Sanders berpelukan dan bercium diambil oleh paparazi dan mula tersebar di media sosial.

Selepas skandal ini terbongkar, isteri Sanders telah failkan penceraian dan Pattinson turut mengambil keputusan untuk meninggalkan kekasihnya itu.

7. Gone Girl

ea4b64ca46d482b7 600x338 1

Ben Affleck lagi? Ketika penggambaran filem Gone Girl terdapat khabar angin mengatakan bahawa Ben Affleck telah menjalinkan hubungan dengan Emily Ratajkowski yang berlakon sebagai perempuan simpanannya dalam filem ini.

Jennifer Garner dapat tahu dan telah failkan penceraian. Namun begitu, Affleck dan Ratajkowski tidak meneruskan perhubungan mereka selepas penggambaran ini tamat.

Sumber: Ask

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.