in

“Berkat jual jeruk mangga” – Aliff Syukri Dedah Sudah Beli ‘Private Jet’

syaz ft 2025 07 21T170641.155

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rezeki datang dalam pelbagai cara, namun buat usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri salah satu rezekinya adalah apabila baru-baru ini dia berjaya membeli sebuah jet peribadi.

Dalam video yang dimuat naik dalam TikTok itu, difahamkan Aliff Syukri berjaya membeli jet peribadi itu hasil titik peluh menjual jeruk mangga bersama anak sulungnya, Ammar Ahyan.


Artikel berkaitan: “Macam tak sesuai lah bah” – Netizen Puji Anak Aliff Syukri Bila Diminta Kupas Isu & Tel*r Masam

Artikel berkaitan: Aliff Syukri Mengalah, Bertemu Bonda Rozita Ketika Acara Sekolah Anak

@papalarisofficial

Alhamdulilah, akhirnya tercapai jugak hasrat papa n mama.. Doakan yang baik2 untuk kami, Amin🙏🏻 #i

♬ Anak kampung – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

“Alhamdulilah, akhirnya tercapai juga hasrat papa dan mama. Doakan yang baik-baik untuk kami, amin,” tulisnya di kapsyen.

Menerusi video berdurasi hampir satu minit itu, Aliff dan anak sulungnya, Ammar Ahyan, sempat masuk ke dalam jet peribadi tersebut dan melakukan lawatan ringkas sambil menunjukkan kemudahan mewah dalam jet mewah tersebut.

Video itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, rata-rata memberikan usahawan kosmetik itu kata-kata tahniah.

cats 20

Menurut Kosmo!, model kapal terbang Cessna 172 yang dikatakan model paling laris bagi milikan persendirian dalam bentuk baharu dianggarkan sekitar RM1.6 juta. Pun begitu, Datuk Aliff Syukri tidak mendedahkan hargat jet peribadi tersebut.

Semoga terus murah rezeki Datuk!

Sumber: TikTok, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.