Hujung minggu lepas, Malaysia digemparkan dengan berita yang menyayat hati di mana seramai hampir 100 orang menjadi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Gohtong Jaya, Pahang.
Setakat ini, operasi pencarian (SAR) masih giat dijalankan untuk mencari beberapa lagi mangsa yang belum dijumpai sehingga ke hari ini.
Terpanggil untuk membantu, usahawan terkenal tempatan Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda Rozita memudahkan urusan pasukan SAR dengan memberikan tempat untuk berehat serta menyediakan makanan untuk pasukan tersebut di resort miliknya, Rumah Hutan.
https://www.instagram.com/p/CmQgsAOJivH/
Dalam video berkenaan, kelihatan beberapa badan beruniform kerajaan seperti anggota bomba serta anggota polis mengucapkan terima kasih kepada Bonda Rozita kerana memberikan kemudahan untuk mereka solat serta berehat di resort miliknya yang terletak kira-kira 20 minit dari tempat kejadian.
Selain itu, Bonda Rozita juga mematuhi serta menghormati arahan pihak berkuasa untuk menutup sementara perniagaan resortnya itu.
“Semoga bonda sentiasa dimurahkan rezeki”
Perkara itu menarik perhatian netizen dan rata-rata memuji tindakan ikhlas pengusaha kosmetik tersebut, malah ramai yang mendoakan kesihatan serta kesejahteraan Bonda Rozita.
Harap keluarga mangsa kekal tabah, rakyat Malaysia sentiasa mendoakan…
Baca: ‘Grouse’, Anjing Pengesan Milik Bomba Bantu Operasi Mencari Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali