Siapa je yang tak kenal dengan Olimpian negara Farah Ann Abdul Hadi? Ramai yang memang tak nak lepaskan peluang untuk tengok atlet ini beraksi lincah dalam sukan gimnastik.
Namun apa yang mengejutkan, Farah Ann dikatakan telah pun bersara dari sukan gimnastik selepas tidak menjalani latihan bersama skuad kebangsaannya di Bukit Jalil Sejak dua minggu yang lalu.
Sudah 2 mggu @farahannhadi x join training. More on Nadi Arena guys @ASTROARENA https://t.co/tU308nLHjD
— Bazly.azmi (@bazlyazmi) February 28, 2022
Malah, jurulatihnya Ng Shu Wai mengatakan yang dia tidak menolak kemungkinan bahawa Farah Ann telah meninggalkan arena sukan negara.
Menurut Shu Wai, Farah Ann sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk bersara selepas penampilannya di Sukan Olimpik Tokio 2020 yang lalu, lapor Awani.
Farah Ann baru-baru ini memaklumkan kepada kami bahawa dia memilih untuk berhenti dan setakat ini, kami rasa kami perlu menerima keputusan itu.
“Kerana dia sudah banyak kali berbincang dengan kami dan kami juga sudah menerima keputusannya sejak dua minggu lalu.”
Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi dari Farah Ann mengenai berita persaraan ini.
Untuk pengetahuan korang, sepanjang penglibatan Farah Ann dalam sukan gimnastik ini, beliau telah pun berjaya memungut 7 pingat emas, dua pingat perak dan tiga pingat gangsa.
Selain itu, Farah Ann juga merupakan atlet ketiga dalam sukan gimnastik yang berjaya melayakkan diri ke sukan Olimpik selepas Au Li Yen dan Ng Shu Wai.
Baca: “Saya dah cuba” – [VIDEO] Menangis Tak Dapat Sumbang Pingat, Netizen Tetap Bangga Dengan Farah Ann