Berhabis RM17,000 Untuk Dapatkan Dapur Idaman, Tiba-tiba Kabinet Runtuh Lepas Dibina Tak Sampai 10 Tahun!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Betul ke binaan yang digunakan orang sekarang memang jarang berkualiti kalau nak dibandingkan dengan zaman dulu?

Perkara ni nampaknya telah dibuktikan dengan satu kejadian menimpa seorang wanita di rumahnya apabila kabinet yang baru dibina tak sampai 10 tahun tiba-tiba roboh di depan mata. 

 

“Bahayanya kabinet lekat zaman moden” 

Menerusi perkongsian Cik Puan Naureen di Facebook, hari malang menimpanya pada 28 Februari lepas apabila kabinet di dapur tak diduga runtuh dengan tiba-tiba. Allahuuu…

Mujurlah tak ada kecederaan yang dilaporkan (mangsa ada anak kecil) tapi yang agak menyedihkan ialah pinggan jenama corelle Naureen habis berterabur pecah. Aduhai… sangat tak selamat binaan kabinet lekat macam ni! Hati-hati gaiss… 

“BAHAYANYA KABINET LEKAT ZAMAN MODEN

“Allahu….. Kabinet runtuh… Mujur takde nyawa yang hilang……
Tak kukuhnya binaan kabinet moden zaman sekarang…tak smpai 10thn dh rebannnn..
Pingan corelle akaakkkk ..huwaaaaaaa!!!!

“Rupanya kabinet lekat zaman sekarang membahayakan..kita taktau ingat depa paku!! Padahal takde la lebih muatan pon…

“Tgklah dgn sebatang kayu (bkn kayu pon ) nk gantung kabinet sebesar tu…boleh bayangkan tak…

“Kalau ada anak kt situ td entahla..gelap dunia akak dh…mujur diorg takde disitu!!

“Peringatan pada semua yg nk buat kabinet make sure pastikan cara pemasangan yg betul!!”

Sumber: Facebook

 

“Sayang… kos buat kabinet dapur hampir RM17,000… hanya bertahan 7 tahun lebih” 

Menurut Naureen, kos pembuatan kabinet ni jugak bukan calang-calang tau. Mahu berhabis RM17,000 tapi binaan rapuh ini hanya mampu bertahan selama 7 tahun saja.

Bila diteliti semula, bagai tak percaya pulak admin tengok skru kabinet tu panjangnya tak sampai sejengkal. Patutlah runtuh kabinet tu bila letak banyak-banyak pinggan berat.

“Serius terkejut !! Terkedu!! Bunyi runtuhan yg kuat!! Mmg kuat sgtt!! Tergamam akak, rupanya ada hikmah Allah nk bg…

“Sayang jugak..kos buat kabinet ni satu dapur hampir 17K… Hanya bertahan 7thn lebih kurang…satu bhgian ni jer rosak.. Syukur masih ada yg sebelah2 dia..

“Tapi pelik sungguh akak ni bukan penggemar pinggan mangkuk beli kumpul simpan..

“Yg kt rak kecik tu je guna utk pakai hari2..tu je.. Takde benda apa pon kt kabinet tu.. adalah tupperware 2-3 biji..yerla dh tggi nk panjat simpan pon malas… Sangat tak kukuh sbb dia skru mcm tu jer..boleh tgk post sblm ni..

“Saper nk buat kabinet lepas ni nnti tnya betuk2 cara pemasangan dia…kami tak tengok pon hr tu cara dua pasang…cuma terkilan la material dia guna tu mcm rak2 buku mcm plywood rak ikea tu… Lembut…haishhh…” 

Sumber: Facebook

Tambah Naureen, dia sudah pun merujuk hal ni kepada syarikat yang bertanggungjawab buat dapur tersebut di Kota Bharu hari ini (11 Mac 2019). Pun begitu, dia tak dapat respon yang baik sebab masih tak ada apa-apa tindakan daripada pihak syarikat tersebut. Aikk boleh pulak macam tu ye! 

Harap lepas ni mangsa berhati-hatilah cari syarikat yang buat dapur berkualiti. Tak mahulah pisang berbuah dua kali. Takut anak-anak jadi mangsa je bila benda macam tu runtuh. 

Baca: Ibu Bapa Hati-hati Kalau Tinggalkan Anak Di Katil Bayi! Wanita Kongsi Detik Hitam Temui Anak Meninggal Dunia Terselit Tepi Katil

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!