in

Berebut Pelanggan Punya Pasal, Dua Kumpulan Bergaduh Di Hadapan Low Yat

Cats 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pandemik Covid-19 memberi kesan yang besar kepada kita semua, terutamanya kepada para peniaga. Memandangkan orang ramai lebih memilih untuk duduk di rumah ekoran wabak Covid-19, kuasa membeli jadi berkurang sekaligus memberi kesan kepada para peniaga.


Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang melihatkan satu pergaduhan besar berlaku berhadapan Plaza Low Yat, Bukit Bintang. Video yang dirakam oleh orang awam itu mula tular pada malam semalam.

1 1

2 1

Menurut laporan sumber, pergaduhan besar itu berpunca daripada para peniaga yang berebutkan pelanggaan. Kejadian yang berlaku sekitar jam 7 malam itu menyaksikan berlakunya pergaduhan besar melibatkan sebuah kedai menjual peralatan komputer.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisoner Mohamad Zainal Abdullah, pihak polis menerima panggilan orang awam dan sepasukan polis telah diarahkan untuk bergerak ke tempat kejadian.

Seramai 42 individu berumur 20 hingga 35 telah ditahan untuk siasatan lanjut. Bagaimanapun, pihak polis mendapati tiada isu perkauman yang berlaku semasa pergaduhan berlaku.

Video penuh:

Berlaku kekecohan akibat pergaduhan antara 2 kumpulan lewat petang tadi berhadapan Plaza Lowyat. Punca kejadian masih belum dapat dipastikan.

Posted by Malaysian Crime Watch – MyWatch on Friday, December 4, 2020

 

BACA: Gaduh Dengan Isteri, Suami ‘Sejukkan’ Hati Dengan Berjalan Sejauh 420KM Tanpa Henti

Ft Gaduh Final

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.