in

“Berbulan-bulan tunggu, macam ni je?” – Pemuda Tak Puas Hati Hasil Kad Akuan Nikah, Tak Sepadan Dengan Harga

Page Kad Nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesiapa yang tengah sibuk dengan urusan untuk mendirikan rumah tangga, mesti akan tahu berapa lama masa yang diambil bagi setiap proses. Lagi-lagi kalau urusan yang memerlukan masa yang pantas untuk diselesaikan.

Sudah semestinya kalau sesuatu proses itu mengambil masa yang agak lama, kita pastinya menantikan hasil yang memuaskan hati.


Pun begitu, kadang-kadang ada beberapa perkara yang akan menyebabkan sesuatu urusan itu terpaksa mengambil masa yang lebih lama dari yang di jangkakan. Seperti yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang yang dikenali sebagai Aqil di akaun Twitternya @aqiljunaidi.

Aqil meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap hasil kad perakuan nikah yang diterimanya baru-baru ini. Bukan itu sahaja, dia juga memberitahu di bahagian kapsyennya bahawa harga kad tersebut juga tidak berpatutan dengan hasil akhirnya.

Ternyata, tweet tersebut mendapat banyak replies dari orang ramai yang turut menunjukkan kad pengakuan nikah mereka mengikut negeri masing-masing. Disebabkan itu, Aqil memaklumkan bahawa perbezaan kad miliknya amatlah ketara jika dibandingkan dengan yang lain.

Kad Twitter 1

 

Bukan itu sahaja, tweet dari Aqil itu juga telah menjadi tempat untuk netizen bertanya dengan lebih lanjut tentang urusan perkahwinan lagi-lagi tentang prosedur kad pengakuan nikah yang diperlukan. Ada juga yang bergurau untuk buat sendiri kad tersebut kerana tidak mahu kecewa disebabkan hasilnya yang dianggap biasa-biasa sahaja.

Pun begitu, diharapkan pihak pendaftaran urusan kad nikah ini ambil maklumlah mengenai isu ini kerana ramai juga mengadu mahukan kualiti yang cantik untuk kad mereka yang akan dibawa sepanjang hayat ini.

Baca: “For family” – Vin Diesel Ganti Tugas Paul Walker, Iringi Anak Perempuan Mendiang Di Majlis Perkahwinannya

Van Diesel

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.