in

Berat hanya 35kg, Elyana Tunjuk Keadaan Terkini Selepas Berhenti Buat Kemoterapi

Elyana8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya ramai yang mengetahui bahawa penyanyi yang terkenal menerusi lagu Tak Tercapai Di Akalmu ini sedang berjuang melawan kanser kanser limfoma tahap 4. Perkara itu diketahui selepas dia sendiri dedahkannya ketika di penghujung program Gegar Vaganza musim ke 4 tahun 2017 lepas.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal sebelum ini pernah menyatakan bahawa dirinya kini berhenti untuk mendapatkan rawatan kemoterapi, lapor Harian Metro.


Terkini, menerusi IG Story miliknya, pelakon drama Dunia Baru ini mendedahkan perkembangan dirinya, satu perkongsian yang amat mengharukan.

 

Berat terkini 35 kg

Memandangkan ramai yang tanya kepadanya berat terkini, Elyana tunjukkan berat terkininya hanya 35 kg sahaja.

Perkongsian yang dibuat semalam ketika dia berada di wad untuk menerima darah.

Image From Ios 5 Image From Ios 4 1

Difahamkan, proses ini dilakukan sejak malam tadi, Elyana kongsikan ketika proses ambil darah, ia mengambil masa 3 jam untuk satu beg darah dan jumlah darah yang perlu diambil adalah sebanyak 2 beg.

Lepastu akan disambung dengan susu, sebab saya tak cukup berat berat saya 35 kg”

Difahamkan, petang ini Elyana bakal menjalani rawatan radioterapi memandangkan Elyana membuat keputusan untuk tidak melakukan kemoterapi lagi.

Dalam IG Story miliknya ramai rakan artis dan sahabat-sahabatnya memberikan sokongan moral untuk Elyana sentiasa kuat .in

Kami dari Team Lobak Merah juga berharap segala urusan Elyana dipermudahkan dan terus kuat untuk berjuang.

 

Baca : Berat Tinggal 41kg, Elyana Kongsi Keadaan Kesihatannya Yang Kian Merosot

Elyana

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.